Program kerjasama antara Rumah Amal Raudhatul Jannah, Universiti of Cyberjaya dan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) telah berjaya dilaksanakan pada 21 Disember 2025. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara institusi pendidikan serta pertubuhan kebajikan di samping memberi peluang kepada para pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan.
Antara aktiviti yang dijalinkan :
1 Sesi suai kenal antara pelajar dan penghuni rumah amal.
2.Aktiviti permainan dan sukaneka bersama anak-anak Rumah Amal Raudhatul Jannah.
3.Penyampaian sumbangan dan cenderamata kepada pihak rumah amal.
4.Jamuan makan tengah hari dan sesi bergambar kenangan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.
Ucapan terima kasih khas ditujukan kepada para penuntut dan pensyarah Universiti of Cyberjaya atas komitmen dan semangat kesukarelawanan yang tinggi sepanjang program berlangsung.
Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan kepada YBhg. Dato’ Haji Bedolah Bin Botok, Setiausaha Agung Peyatim Malaysia , atas sokongan padu dan kehadiran beliau yang telah menyuntik semangat kepada semua peserta dan penghuni rumah amal.
Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuh hubungan antara institusi pendidikan, pertubuhan kebajikan dan masyarakat. Semoga usaha murni ini menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus menabur bakti kepada golongan yang memerlukan serta memperkukuh nilai kasih sayang dan keprihatinan dalam masyarakat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan