Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Sabtu, 16 Mei 2026

Nasi Lemak "Mak Lang"




 Alhamdulillah, pagi ini anak-anak RARJ berpeluang keluar sarapan di Nasi Lemak Mak Lang, Setapak
Terima kasih tidak terhingga kami ucapkan kepada penaja yang sudi menaja dana terutama kepada Puan Nor Khafizah dan keluarga untuk program sarapan luar ini. Kerana sumbangan puan, anak-anak dapat merasai pengalaman makan luar, bertukar suasana, dan tersenyum lebar pagi tadi. Semoga Allah gandakan rezeki dan permudahkan segala urusan dunia akhirat.

Terima kasih juga kepada Mak Lang sekeluarga atas layanan mesra, makanan yang sedap, dan layanan yang penuh kasih sayang kepada anak-anak kami. Semoga kedai Mak Lang terus dimurahkan rezeki dan diberkati.
Doa kami:
Ya Allah, terima kasih atas rezeki dan peluang ini.
Berkatilah para penaja yang bermurah hati, balaslah kebaikan mereka dengan syurgaMu.
Berkatilah keluarga Mak Lang, murah rezeki, sihat tubuh badan, dan dilindungi selalu.
Jaga anak-anak RARJ ini, jadikan mereka anak soleh solehah yang membalas jasa semua yang membantu mereka.
InsyaAllah kebaikan ini menjadi asbab pahala yang berterusan untuk semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam Takziah Kepada Ustaz Hafizuddin Nor Zaman Atas Pemergian Anak Tercinta

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ Dengan penuh rasa dukacita dan kesedihan, Rumah Amal Rau...