Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Ahad, 29 Jun 2025

OUM Banting

 


29 Jun 2025 / Ahad.
Alhamdulillah,hujung minggu anak-anak kami di isi dengan program kesihatan bersama dengan pelajar daripada OUM Banting.

Aktiviti dimulakan dengan senamrobik seterusnya bersama membersihkan kawasan persekitaran bilik belajar anak-anak.


Sejurus kawasan bilik belajar dibersihkan,anak-anak serta kakitangan menjalani sesi pemeriksaan kesihatan pula,masing-masing teruja pabila melihat nombor dimesin timbang makin lama makin naik.
Alhamdulillah makin membesar anak-anak kami.Walaubagaimanapun ,kesihatan mereka sentiasa dipantau.
Terima kasih Saudari Noraisyah Ashira serta sahabat-sahabat.



Sabtu, 28 Jun 2025

Zakat dan Sumbangan

 





28 Jun 2025/ Sabtu/8.00 pag- 12.30 tengahari

" Zakat / Sedekah " tajuk program yang diadakan pada hari ini yang telah dianjurkan oleh  Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Shah Alam di premis kami.
Terima kasih diucapkan kepada para penuntut - penuntut yang hadir menyantuni anak-anak kami serta berkongsi rezeki.
Pelbagai aktiviti telah dirancang serta dilaksanakan.


Majlis penutup telah disempurnakan oleh Ustaz Mohd Yusra Abdullah.



Jumaat, 27 Jun 2025

Saat yang akan kami kenang


 2 bulan (24 April - 24 Jun 2025 ) akan kami kenang segala kenangan manis ini buat selamanya,Terima kasih kerana beri kami peluang dan ruang berkongsi kasih dan sayang.
Moga kalian berjaya dunia dan akhirat .
Terima kasih Qayyum,Irfan,Lola dan Ecah..Miss u all.




Sabtu, 21 Jun 2025

RAYUAN BIL TNB


 Assalammualaikum/Salam sejahtera.

Rayuan tajaan RM 20.00 bagi membiayai bil TNB , Rumah Amal Raudhatul Jannah , Olak Lempit, Banting.
𝐉𝐔𝐌𝐋𝐀𝐇 𝐁𝐈𝐋 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓 : 𝐑𝐌 𝟏,𝟒𝟔𝟔.𝟏𝟎
𝗔𝗞𝗔𝗨𝗡 : 𝗧𝗘𝗡𝗔𝗚𝗔 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 𝟮𝟭𝟬𝟬𝟰𝟯𝟵𝟮𝟰𝟵𝟬𝟬
𝗣𝗘𝗥𝗧𝗨𝗕𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗝𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗔𝗦𝗡𝗔𝗙 𝗥𝗔𝗨𝗗𝗛𝗔𝗧𝗨𝗟 𝗝𝗔𝗡𝗡𝗔𝗛
atau ke akaun rasmi kami

👉Salurkan sumbangan tuan/puan ke dalam akaun:
𝙋𝙀𝙍𝙏𝙐𝘽𝙐𝙃𝘼𝙉 𝙆𝙀𝘽𝘼𝙅𝙄𝙆𝘼𝙉 𝘼𝙎𝙉𝘼𝙁 𝙍𝘼𝙐𝘿𝙃𝘼𝙏𝙐𝙇 𝙅𝘼𝙉𝙉𝘼𝙃 seperti tertera.
Notifikasi : #Tnb

Jumaat, 20 Jun 2025

MENUJU PUNCAK

anakanda Airell datang dan memaklumkan dapat tawaran sambung belajar di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.


"Masa Depan Adalah Milik Yang Kompeten. Dapatkan Yang Baik, Dapatkan Lebih Baik, Jadilah Yang Terbaik!"

ALHAMDULILLAH
TAHNIAH ANAK-ANAK.


Terima kasih para dermawan,tanpa dana tidak mungkin kami dapat lakukan yang terbaik untuk mereka.

Terima kasih diucapkan kepada semua guru-guru, tenaga pengajar Pusat Tuisyen Sari Ilmu serta ibu-bapa/waris anak-anak yang sentiasa menyokong aktiviti kami.


Terima kasih semua krew RARJ di atas segalanya.
Teruskan kecapi kejayaan dan kejayaan.

Khamis, 19 Jun 2025

Yaasin,Tahlil & Doa (19/6/2025)

 

19 Jun 2025/Khamis
Alhamdulillah.

Usai menunaikan hajat para dermawan kami.





OUM Banting

 


19 Jun 2025 / Khamis/10.00 pagi.
Perbincangan bersama pelajar OUM Banting.

Terima kasih di atas kesudian mengadakan program bersama-sama dengan kami di Rumah Amal Raudhatul Jannah. Terima kasih berkongsi ilmu dan rezeki.



Salam Takziah Kepada Ustaz Hafizuddin Nor Zaman Atas Pemergian Anak Tercinta

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ Dengan penuh rasa dukacita dan kesedihan, Rumah Amal Rau...