29 Jun 2025 / Ahad.
Alhamdulillah,hujung minggu anak-anak kami di isi dengan program kesihatan bersama dengan pelajar daripada OUM Banting.
Aktiviti dimulakan dengan senamrobik seterusnya bersama membersihkan kawasan persekitaran bilik belajar anak-anak.
Sejurus kawasan bilik belajar dibersihkan,anak-anak serta kakitangan menjalani sesi pemeriksaan kesihatan pula,masing-masing teruja pabila melihat nombor dimesin timbang makin lama makin naik.
Alhamdulillah makin membesar anak-anak kami.Walaubagaimanapun ,kesihatan mereka sentiasa dipantau.
Terima kasih Saudari Noraisyah Ashira serta sahabat-sahabat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan