Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Khamis, 20 Januari 2022

Terima Kasih..

𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛❜....
Khas didedikasikan kepada insan yang masih bertatih dalam mengenal erti kehidupan.... berkongsi hilai tawa kegembiraan...mengadu domba kemahuan....dugaan Allah siapa yang tahu...insan-insan kerdil ini Di uji begitu berat....tanpa kasih dan sayang....sunyi tanpa hilai tawa....memendam luahan jiwa Dan raga....Allah maha Adil maha penyayang....Di temukn mereka Di tempat yang di penuhi kasih Dan sayang biar pun ianya bukan sealiran darah keturunan....sesungguhnya ia cukup walau sedikit dpt mengubat hati kecil mereka....
( Story board lirik 'Terima Kasih" )
Terima kasih insan-insan yang bertungkus lumus menyiapkan lagu,lirik dan muzik Terima Kasih....
Bantu kami dengan menghulurkan sumbangan.

Sabtu, 8 Januari 2022

Terima Kasih

Lagu tema rasmi Rumah Amal Raudhatul Jannah

Pedih
Pedihnya jiwa ini
Terpenjara dalam sengsara
Terkurunglah minda
Tertutuplah mata
Terjaringlah langkah
Berikan aku kesempatan
Mencari sejuta harapan
Mengubat jiwa kecilku
Dahaga kesempurnaan
Dahaga kemanisan kasih dan sayang
Dalam sujud aku memohon
Akhirnya bertemu aku disini
Menumpang belaian dan kasih sayangmu
Menagihkan ketenangan dalam
hidup ini
Terima kasih yang Esa
Biarpun tiada samanya
Cukup untuk aku melebarkan senyuman
Diruang hatiku

Sabtu, 13 November 2021

Insha ALLAH....

Insha ALLAH, program awal tahun 2022 Rumah Amal Raudhatul Jannah,Olak Lempit,Banting,Selangor bersama dengan Saudara Syamsul Debat..
 

Isnin, 8 November 2021

Pendaftaran Pusat Jagaan

 

Encik Isa sedang diberi taklimat oleh Pengurus RARJ.

Bagi memastikan Pusat Jagaan beroperasi secara sah disisi undang-undang,setiap Pusat Jagaan dikehendaki berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ia termaktub di dalam syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat mengenai Pusat jagaan.

Penyediaan dokumen yang lengkap perlu disediakan sebaiknya selaian mendapat sokongan penuh daripada 3 agensi seperti Pihak Berkuasa Tempatan,Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Pejabat Kesihatan Daerah.

Alhamdulillah,Rumah Amal Raudhatul Jannah,telah mendapat sokongan daripada 3 agensi berkenaan bagi proses pembaharuan perakuan pusat jagaan .

Senarai semak dokumen yang perlu disediakan

Dan pada 8 November 2021.dokumen-dokumen yang lengkap telah diserahkan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Langat dan diterima oleh Encik Mohd Isa Abdullah,Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat.



Jom Masak

 


Ilmu baru untuk anak-anak puteri.Minggu lepas request nak mixer.Nak buat kuih senang kata mereka.
Hari ni kami tunaikan hasrat anak-anak puteri.Belikan mixer.Dapat juga lakukan aktiviti yang bermanfaat dan dapat juga mereka pelajari sesuatu sebagai bekalan dimasa akan datang.Insha Allah.
Tahniah staff dan anak-anak Aspuri.

Kerja akhir sebelum dihidangkan


Siap sedia untuk dinikmati

Salam Takziah Kepada Ustaz Hafizuddin Nor Zaman Atas Pemergian Anak Tercinta

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ Dengan penuh rasa dukacita dan kesedihan, Rumah Amal Rau...