Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Isnin, 8 November 2021

Pendaftaran Pusat Jagaan

 

Encik Isa sedang diberi taklimat oleh Pengurus RARJ.

Bagi memastikan Pusat Jagaan beroperasi secara sah disisi undang-undang,setiap Pusat Jagaan dikehendaki berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ia termaktub di dalam syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat mengenai Pusat jagaan.

Penyediaan dokumen yang lengkap perlu disediakan sebaiknya selaian mendapat sokongan penuh daripada 3 agensi seperti Pihak Berkuasa Tempatan,Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Pejabat Kesihatan Daerah.

Alhamdulillah,Rumah Amal Raudhatul Jannah,telah mendapat sokongan daripada 3 agensi berkenaan bagi proses pembaharuan perakuan pusat jagaan .

Senarai semak dokumen yang perlu disediakan

Dan pada 8 November 2021.dokumen-dokumen yang lengkap telah diserahkan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Langat dan diterima oleh Encik Mohd Isa Abdullah,Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Yaasin,Tahlil & Doa (19/6/2025)

  19 Jun 2025/Khamis Alhamdulillah. Usai menunaikan hajat para dermawan kami.