Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Jumaat, 22 Ogos 2025

Rezeki Anak


 

22 OGOS 2025 /JUMAAT
ALHAMDULILLAH.
MAKAN TENGAHARI ANAK-ANAK HARI INI.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PIHAK Pertubuhan Ihsanku Malaysia / Projek Ihsanku SERTA PARA DERMAWAN SEKELIAN DI ATAS TAJAAN BARANGAN BASAH.

MOGA SEBAIK GANJARAN DIKURNIAKAN KEPADA PARA DERMAWAN SEMUA.

Rutin Mingguan

 


RUTIN MINGGUAN

Pemeriksaan bekalan makanan serta pembersihan kawasan stor simpanan bekalan makanan dilakukan demi memastikan bekalan mencukupi serta barangan sentiasa berada dalam tahap yang baik.

Ahad, 3 Ogos 2025

Go Kuala Langat Sepang

 


Ahad / 3 Ogos 2025
LATIHAN PUSAT BERSAMA RAKAN-RAKAN PENGENDALI RUMAH KEBAJIKAN ANAK YATIM KUALA LANGAT DAN SEPANG MENJELANG KEJOHANAN SUKAN ANAK YATIM SELANGOR ANJURAN Yayasan Islam Darul Ehsan - YIDE .
SYABAS DAN TAHNIAH SEMUA.
INSHA ALLAH,KALAH DAN MENANG ADAT PERTANDINGAN,KUALA LANGAT DAN SEPANG AKAN BERIKAN SAINGAN.
KEPADA TUAN/PUAN YANG INGIN MENGHULURKAN SUMBANGAN BAGI BIAYAI PERBELANJAAN KAMI,AMAT DIALUKAN.
TERIMA KASIH JUGA DIUCAPKAN KEPADA TUAN PENGETUA SMK SUNGAI MANGGIS DI ATAS KEBENARAN MEMBERIKAN PELUANG DAN RUANG UNTUK KAMI MELAKUKAN LATIHAN DI PADANG SEKOLAH.

Sabtu, 2 Ogos 2025

D'Santai Ikan Bakar Morib


 
Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan D'Santai Ikan Bakar Morib di atas undangan.

Terima kasih berkongsi rezeki dengan kami.
Moga apa yang dihajatkan akan dimakbulkan Allah serta maju dalam perniagaan.

Khamis, 24 Julai 2025

Makan apa malam ni....


 23 Julai 2025 / Rabu.

Penyediaan makan malam ini hasil tajaan barangan basah daripada pihak Ihsan Madani serta para dermawan sekelian.
Moga Allah kurniakan rezeki yang seluasnya buat para dermawan sekelian serta segala amalan diberkati dan diterima Allah.

Rabu, 16 Julai 2025

PENCEGAHAN


 16 Julai 2025 / Rabu

[ PENCEGAHAN DAN KESELAMATAN ]
Aktiviti bulanan, semburan kabus (fogging) di adakan bagi mengelakkan pembiakan nyamuk aedes di premis serta latihan pengosongan premis.
terima kasih Evy Pest di atas perkhidmatan dan kerjasama.

Ahad, 6 Julai 2025

Hari Asyura



 Tiada apa yang lebih menggembirakan kami pabila bekas anak-anak jagaan kembali menyantuni kami serta adik-adik mereka di sini. Mereka tidak hadir bersendirian,mereka hadir membawa anak-anak mereka sendiri,Allah,terharunya kami.



Alhamdulillah, pada 6 Julai 2025.Ahad,anak-anak ini meluangkan masa seketika serta berganding bahu memasak bubur Asyura untuk adik-adik mereka dan lebih membanggakan mereka bersepakat untuk agihkan pula kepada jiran tetangga.


Mulia sungguuh hati kalian. Moga sebaik rahmat dan ganjaran pahala dikurniakan kepada kalian semua.











Salam Takziah Kepada Ustaz Hafizuddin Nor Zaman Atas Pemergian Anak Tercinta

 Ø¨ِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َٰÙ†ِ الرَّØ­ِيمِ Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعُونَ Dengan penuh rasa dukacita dan kesedihan, Rumah Amal Rau...