Tiada apa yang lebih menggembirakan kami pabila bekas anak-anak jagaan kembali menyantuni kami serta adik-adik mereka di sini. Mereka tidak hadir bersendirian,mereka hadir membawa anak-anak mereka sendiri,Allah,terharunya kami.
Alhamdulillah, pada 6 Julai 2025.Ahad,anak-anak ini meluangkan masa seketika serta berganding bahu memasak bubur Asyura untuk adik-adik mereka dan lebih membanggakan mereka bersepakat untuk agihkan pula kepada jiran tetangga.
Mulia sungguuh hati kalian. Moga sebaik rahmat dan ganjaran pahala dikurniakan kepada kalian semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan