Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Rabu, 4 Jun 2025

Taklimat KESELAMATAN

 


4 Jun 2025,Rabu, cuti sekolah anak-anak dimanfaatkan sebaik mungkin dengan pelbagai pengisian program. Hari ini RARJ dengan kerjasama pihak ELSA ENERGY SDN BHD telah mengadakan program bersama. Selain beramah mesra dengan warga kerja ELSA ENERGY SDN BHD,anak-anak turut didedahkan dengan ilmu-ilmu keselamatan dan IT.
Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada pihak pengurusan ELSA ENERGY SDN BHD di atas segala perkongsian pada pagi ini.


Puan Devi

 


4 Jun 2025/Rabu
Terima kasih Puan DEVI di atas tajaan sarapan pagi untuk kami di Rumah Amal Raudhatul Jannah .
Moga segala hajat Puan sekeluarga dimakbulkan serta dipermudahkan segala urusan.

Bola Sepak....

 


Cuti sekolah anak-anak minggu ni diisi dengan aktiviti-aktiviti yang menyihatkan. Riadah bersama menjadi keutamaan agar anak lebih cergas dan sihat .
Bermain bola sememangnya aktiviti sukan yang digemari ,petang 3 Jun 2025 ( Selasa ), bawa anak-anak ke Padang Awam Kampung Olak Lempit.


Yaasin,Tahlil dan Doa Khusus

 



Bacaan Yaasin dan Tahlil khusus untuk Allahyarhamah Khairul Baroyah Sajadi .
Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beramal soleh,Insha Allah.


Isnin, 2 Jun 2025

Ibadah kami

 


2 Jun 2025/Isnin
Kerja amal anak-anak putera dan krew Rumah Amal Raudhatul Jannah pada pagi ini.
Membersihkan kawasan luar Surau Ummi Yatimah dan kawasan gelanggang takraw berhampiran.


Terima kasih semua krew.

Rezeki anak-anak

 

1 Jun 2025/Ahad
Lama tidak santai dengan anak-anak Rumah Amal Raudhatul Jannah .Masa nilah ruang dan peluang diguna sebaiknya.Gurau senda..usik mengusik.

Walaupun ujian melanda,Insha Allah ada jalan nya.Rezeki Allah itu luas buat anak-anak.Terima kasih Hamba Allah taja dana makan malam kami pada hari ini.Moga sentiasa diluaskan rezeki.

Sabtu, 31 Mei 2025

Terima Kasih YIDE

 

31 Mei 2025/Sabtu.

Alhamdulillah.Jutaan terima kasih diucapkan kepada Encik Zubair dan seluruh kepimpinan YIDE ( Yayasan Islam Darul Ehsan - YIDE ) dan tidak lupa juga sahabat-sahabat RAY di atas keperihatinan dan sokongan kepada kami.Moga semuanya dirahmati Allah.

Salam Takziah Kepada Ustaz Hafizuddin Nor Zaman Atas Pemergian Anak Tercinta

 Ø¨ِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َٰÙ†ِ الرَّØ­ِيمِ Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعُونَ Dengan penuh rasa dukacita dan kesedihan, Rumah Amal Rau...