Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Rabu, 4 Jun 2025

Taklimat KESELAMATAN

 


4 Jun 2025,Rabu, cuti sekolah anak-anak dimanfaatkan sebaik mungkin dengan pelbagai pengisian program. Hari ini RARJ dengan kerjasama pihak ELSA ENERGY SDN BHD telah mengadakan program bersama. Selain beramah mesra dengan warga kerja ELSA ENERGY SDN BHD,anak-anak turut didedahkan dengan ilmu-ilmu keselamatan dan IT.
Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada pihak pengurusan ELSA ENERGY SDN BHD di atas segala perkongsian pada pagi ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Yaasin,Tahlil & Doa (19/6/2025)

  19 Jun 2025/Khamis Alhamdulillah. Usai menunaikan hajat para dermawan kami.