Mengenai Kami
Jumaat, 14 Februari 2025
Keluarga baru kami
Khamis, 13 Februari 2025
MUSLIMAT MASJID AT TAQWA
![]() |
11 Febuari 2025 ( Selasa ) , warga Rumah Amal Raudhatul Jannah, telah menerima kunjungan daripada Muslimat Masjid At-Taqwa,Banting.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Ketua Muslimat ,Hajah Fazidah serta sahabat-sahabat muslimat di atas kesudian menyantuni serta berkongsi rezeki dengan kami.
Moga ukhwah yang terjalin ini berkekalan selamanya.
Sabtu, 1 Februari 2025
Tajaan : IFTAR RAMADHAN 1446H/2025
“𝘚𝘪𝘢𝘱𝘢 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘦𝘳𝘪 𝘮𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘱𝘶𝘢𝘴𝘢, 𝘮𝘢𝘬𝘢 𝘣𝘢𝘨𝘪𝘯𝘺𝘢 𝘱𝘢𝘩𝘢𝘭𝘢 𝘴𝘦𝘱𝘦𝘳𝘵𝘪 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘱𝘶𝘢𝘴𝘢 𝘵𝘦𝘳𝘴𝘦𝘣𝘶𝘵, 𝘵𝘢𝘯𝘱𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘶𝘳𝘢𝘯𝘨𝘪 𝘱𝘢𝘩𝘢𝘭𝘢 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘱𝘶𝘢𝘴𝘢 𝘪𝘵𝘶 𝘴𝘦𝘥𝘪𝘬𝘪𝘵 𝘱𝘶𝘯 𝘫𝘶𝘨𝘢.”
Selasa, 28 Januari 2025
Dalam Ingatan Kami
Bismillah.
Setiap pertemuan sudah pasti ada perpisahan. Inilah lumrah kehidupan yang perlu kita tempuh dan hadapinya.
Tanggal 26 Januari 2025 ( Ahad ), seramai 5 orang anak-anak jagaan kami terpaksa meninggalkan kami berikutan TAMAT SPM 2024 dan ada yang berpindah mengikut keluarga.
Berat rasa dihati,namun apakan daya kami hanya pemegang amanah dan insan yang dipertanggungjawabkan untuk membantu membesar dan mendidik anak-anak syurga ini.
Terlalu BANYAK kenangan yang telah dikecapi bersama sepanjang tempoh berkenaan.
Terlalu BANYAK ujian yang dihadapi sepanjang KITA bersama.
Semua itu akan menjadikan kami merindui saat-saat yang telah tercipta.
Terima kasih,kami ucapkan kepada para dermawan sekelian di atas segala bentuk sumbangan bagi membantu kami menggalas amanah ini.Terima kasih barisan guru-guru yang telah banyak membantu kami dalam aspek pendidikan.
Kepada anak-anak,moga maju jaya dalam kehidupan kalian,JANGAN lupakan kami. JANGAN lupakan insan-insan yang telah membantu kalian.
| Anakanda Airell Mukhriz |
| Anakanda Suci Airish Hanania |
| Anakanda Haikal Anakanda Hikal (BOBOY) |
Isnin, 13 Januari 2025
BACK TO SCHOOL
Ahad, 5 Januari 2025
FACEBOOK RASMI RARJ 2025
Bismillah.
Briged Bakti Malaysia PUTRAJAYA
4 Januari 2025 | Sabtu
Alhamdulillah, Rezeki tahun 2025 untuk warga Rumah Amal Raudhatul Jannah pabila mendapat tajaan 5 buah katil dan tilam berzaiz King,Queen dan Single jenama #cuckoo yang berjumlah RM22,600.00.
Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Pengerusi Briged Bakti Malaysia PUTRAJAYA, Encik Nazri.
Salam Takziah Kepada Ustaz Hafizuddin Nor Zaman Atas Pemergian Anak Tercinta
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ Dengan penuh rasa dukacita dan kesedihan, Rumah Amal Rau...
-
Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan D'Santai Ikan Bakar Morib di atas undangan. Terima kasih berkongsi rezeki dengan kami. ...
-
Alhamdulillah. Secara rasminya kami, Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah yang mengelola dan mengurus tadbir Rumah Amal Raudhatu...
-
22 Mei 2025 / Khamis / 3.00 pm, Pemeriksaan Berjadual Pusat Jagaan telah dilakukan oleh pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat Kuala Langat ke...




