Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.

Rarj Official 2025 (1) by Rumah Amal Raudhatul Jannah on Scribd

Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Selasa, 28 Januari 2025

Dalam Ingatan Kami



Bismillah.
Setiap pertemuan sudah pasti ada perpisahan. Inilah lumrah kehidupan yang perlu kita tempuh dan hadapinya.
Tanggal 26 Januari 2025 ( Ahad ), seramai 5 orang anak-anak jagaan kami terpaksa meninggalkan kami berikutan TAMAT SPM 2024 dan ada yang berpindah mengikut keluarga.
Berat rasa dihati,namun apakan daya kami hanya pemegang amanah dan insan yang dipertanggungjawabkan untuk membantu membesar dan mendidik anak-anak syurga ini.
Terlalu BANYAK kenangan yang telah dikecapi bersama sepanjang tempoh berkenaan. 
Terlalu BANYAK ujian yang dihadapi sepanjang KITA bersama.


Semua itu akan menjadikan kami merindui saat-saat yang telah tercipta.

Terima kasih,kami ucapkan kepada para dermawan sekelian di atas segala bentuk sumbangan bagi membantu kami menggalas amanah ini.Terima kasih barisan guru-guru yang telah banyak membantu kami dalam aspek pendidikan.




Kepada anak-anak,moga maju jaya dalam kehidupan kalian,JANGAN lupakan kami. JANGAN lupakan insan-insan yang telah membantu kalian.

Anakanda Airell Mukhriz



Anakanda Suci Airish Hanania


Anakanda Yana


Anakanda Haikal



Anakanda Hikal (BOBOY)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ramadhan Kareem

Alhamdulillah, malam malam 1 Ramadhan , seperti kelaziman aktiviti Ramadhan diteruskan. Solat Sunat Terawikh dan Witir didirikan. Anakada Ha...