Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Ahad, 24 September 2023

Nasi Kandaq Fest 2023

 


24 September 2023 | Ahad | 11.00 pagi | Sunway Putra Mall,Kuala Lumpur.

Warga RARJ telah diundang oleh pihak Jasmine ke Nasi Kandaq Fest 2023 pada hari ini. Seramai 26 orang penghuni serta kakitangan telah memenuhi undangan tersebut. Jutaan terima kasih kepada pihak penganjur Nasi Kandaq Fest 2023 yang telah santuni kami. 
Alhamdulillah. Anak-anak dapat rasai sendiri keenakan Nasi Kandar Original daripada Pulau Pinang ini.

Warga RARJ merakamkan kenangan bersama krew Jasmine

Anak-anak puteri menikmati Nasi Kandaq

Bismillah..Surrrr..Berselera Iqbal

Penyampaian 10 kampit beras kepada RARJ yang telah disampaikan oleh Encik Farhan


Sabtu, 23 September 2023

Rezeki Kami

 


23 September 2023 | Sabtu.

Jadual anak-anak pada hari ini agak padat. Memenuhi undangan di 3 lokasi. Sebelah pagi berada di Bandar Sg.Emas undangan Puan Hajah Nursia Ladurra. Majlis bacaan Yaasin,Tahlil dan doa yang telah dipimpin oleh Guru Agama (1),Ustaz Hafizuddin Norzaman.


Jam 12.30 tengahari, tiba di Bandar Sri Ehsan,untuk jemputan yang kedua. Selamat pengantin baharu kami ucapkan kepada Puan Ameera dan suami. Terima kasih di atas undangan. Kami doakan agar Puan kekal bahagia hingga ke jannah.




Jam 3.00 petang,kami tiba di lokasi ketiga iaitu di Morib bagi menghadiri majlis doa selamat undangan Puan Ina dan Puan Ayu.



Alhamdulillah, Dapat kami penuhi semua undangan pada hari ini. Terima kasih semua dermawan.Moga ALLAH kurniakan sebaik ganjaran kepada para dermawan sekelian.

Jumaat, 22 September 2023

Demi


 

Demi anak-anak.Usahakan yang terbaik untuk mereka.Lengkapkan kemudahan yang baik dan sempurna.Siapkan bekalan akhirat juga.
#terimakasih para dermawan sekelian.Dana yang diterima dimanfaatkan sebaik mungkin.Moga sebaik ganjaran pahala diberikan kepada para dermawan sekelian.Terima kasih gembirakan anak-anak #rumahamalraudhatuljannaholaklempit #fypγ‚·゚viral #demianakyatim #fyp #Amanah

Rabu, 20 September 2023

Buat apa tu..

 


Bila hujung minggu dan TIADA sebarang undangan luar atau program diadakan di premis kami,kebiasaan sebelah petang anak-anak akan lakukan aktiviti riadah bersama rakan-rakan yang lain.Ada yang main bola,main badminton,ada juga yang main kejar-kejar. Silap-silap kami juga akan turut serta dengan aktiviti mereka.Bila lagi nak rasa dunia kanak-kanak.

Minggu ni lain sikit,semenjak ada Mini Gym ni,berkumpul semua di luar pintu pagar menanti giliran.Peralatan sikit lagi jadi kenalah kongsi-kongsi guna dan pakai. 



Ada juga yang mengasah bakat dengan menyediakan Tanjak untuk diberikan sebagai cenderahati kepada pelawat dan ada juga yang dijual,dapat jugalah duit belanja tambahan anak-anak ini. 




Isnin, 18 September 2023

Tajaan Utiliti





 Assalammualaikum/Salam sejahtera.

Rayuan tajaan RM 20.00 bagi membiayai bil TNB ,Rumah Amal Raudhatul Jannah, Olak Lempit, Banting.
Jumlah bil bagi bulan π’π„ππ“π„πŒππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ‘ = π‘πŒ πŸπŸπŸŽπŸ’.πŸ—πŸ“
Klik pautan ini untuk sumbangan melalui pautan EmaaraPay :
ATAU
πŸ‘‰Salurkan sumbangan tuan/puan ke dalam akaun:
π™‹π™€π™π™π™π˜½π™π™ƒπ˜Όπ™‰ π™†π™€π˜½π˜Όπ™…π™„π™†π˜Όπ™‰ π˜Όπ™Žπ™‰π˜Όπ™ π™π˜Όπ™π˜Ώπ™ƒπ˜Όπ™π™π™‡ π™…π˜Όπ™‰π™‰π˜Όπ™ƒ
🏧 akaun π— π—”π—¬π—•π—”π—‘π—ž 𝟱𝟲𝟰𝟲𝟴𝟳𝟭𝟬𝟴𝟰𝟱𝟬

Jumaat, 15 September 2023

Qawiyaro tebuk surah di RARJ

 


15 September 2023 | Jumaat

Alhamdulillah,hari ini sebahagian daripada anak-anak kami diterjah oleh seorang Tiktokers yang terkenal dengan "Tebuk Surah", iaitu Qawiyaro (https://www.tiktok.com/@qawiyaro?is_from_webapp=1&sender_device=pc). 

Terima kasih di atas kunjungan 





Salam Takziah Kepada Ustaz Hafizuddin Nor Zaman Atas Pemergian Anak Tercinta

 Ψ¨ِΨ³ْΩ…ِ Ψ§Ω„Ω„َّΩ‡ِ Ψ§Ω„Ψ±َّΨ­ْΩ…َٰΩ†ِ Ψ§Ω„Ψ±َّΨ­ِΩŠΩ…ِ Ψ₯ِΩ†َّΨ§ Ω„ِΩ„َّΩ‡ِ وَΨ₯ِΩ†َّΨ§ Ψ₯ِΩ„َيْΩ‡ِ Ψ±َΨ§Ψ¬ِΨΉُΩˆΩ†َ Dengan penuh rasa dukacita dan kesedihan, Rumah Amal Rau...