Mengenai Kami
Rabu, 15 Februari 2023
First Aider Team
Isnin, 13 Februari 2023
Infaq Ramadhan 2023
Khamis, 5 Januari 2023
Kongsi rezeki 2023
๐ด๐ ๐ ๐๐๐๐๐๐ข๐๐๐๐๐๐ข๐/๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐โ๐ก๐๐๐.
๐คฒKami amat mengharapkan sumbangan tunai daripada para dermawan sekelian demi untuk 23 orang anak-anak di Rumah Amal Raudhatul Jannah ini.
๐Salurkan sumbangan tuan/puan ke dalam akaun:
๐๐๐๐๐๐ฝ๐๐๐ผ๐ ๐๐๐ฝ๐ผ๐ ๐๐๐ผ๐ ๐ผ๐๐๐ผ๐ ๐๐ผ๐๐ฟ๐๐ผ๐๐๐ ๐ ๐ผ๐๐๐ผ๐
๐ง akaun ๐ ๐๐ฌ๐๐๐ก๐ ๐ฑ๐ฒ๐ฐ๐ฒ๐ด๐ณ๐ญ๐ฌ๐ด๐ฐ๐ฑ๐ฌ
๐ง akaun ๐๐๐ก๐ ๐๐ฆ๐๐๐ ๐ญ๐ฎ๐ฌ๐ณ๐ฐ๐ฌ๐ญ๐ฌ๐ฌ๐ฒ๐ฒ๐ฐ๐ฐ๐ฐ
๐ง akaun ๐๐๐ก๐ ๐ฅ๐๐๐ฌ๐๐ง ๐ญ๐ญ๐ฌ๐ฌ๐ญ๐ญ๐ณ๐ฒ๐ฑ๐ต
⌨️ATAU KLIK PAUTAN INI : https://ez.emaarapay.com/qr-payment/74
Rabu, 9 November 2022
Kenangan
29 Oktober 2022 | Sabtu
Pihak pengurusan telah menerima satu kes rujukan daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat Kuala Langat yang ingin menempatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 14 tahun di Rumah Amal Raudhatul Jannah. Menurut Pegawai Pelindung Kanak-Kanak JKM Kuala Langat,kanak-kanak ini dihantar oleh pihak Polis Seri Kembangan ke Balai Polis Banting bagi mendapatkan bantuan mengesan lokasi rumah yang dinyatakan namun tidak berjaya kerana beliau lupa.
Usaha mengesan waris kanak-kanak ini telah dilakukan dengan menyiarkan kisahnya dibeberapa media sosial namun sehingga kini usaha berkenaan tidak menemui jalan penyelesaian.
| Kisah kanak-kanak ini dipaparkan di media sosial |
Kanak-kanak ini ditempatkan sementara di premis kami bermula 29 Oktober 2022 dan berakhir 9 November 2022.
| Sekitar jam 8.00 malam kanak-kanak ini dihantar ke premis kami |
| Membawa kanak-kanak ini membeli pakaian |
Ahad, 25 September 2022
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
| Mej Khairul Amir memberikan penerangan dan nasihat kepada anak-anak sewaktu program "Pimpin Daku" diadakan. |
| Tazkirah yang disampaikan oleh Mej Mohamed Huzaifah |
- Mej Mohamed Huzaifah
- Mej Khairul Amir
- Mej Mohd Khaironi
- Mej Khairul Soffry
- Mej Hamka
| Wira-wira Negara |
serta seluruh Pegawai dan anggota yang terlibat dan tidak ketinggalan juga penghargaan buat Mej.Khairul Anuar Haji Sabtu-TUDM
| Tanda ingatan RARJ kepada warga ATM |
![]() |
| KOSMO 4 NOV 2022 |
![]() |
| UTUSAN 4 NOV 2022 |
Jumaat, 16 September 2022
Siput Sedut
Selamat menyambut Hari Malaysia diucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia.Moga perpaduan yang dicipta berkekalan dan aman damai.
Sempena cuti umum pada hari ini,dan pada hari Jumaat yang penuh keberkatan ini,anak-anak minta menu yang istimewa sedikit dari kebiasaannya. Teringin nak makan siput sedut. Seawal pagi anak-anak dah mula berganding bahu dengan warga kerja Rumah Amal Raudhatul Jannah bergotong-royong melakukan persiapan dan menyediakan bahan-bahan.
15kg siput telah ditempah dari pembekal bagi memenuhi permintaan anak-anak,Alhamdulillah.
Rabu, 14 September 2022
Air Force The Movie
Setiap anak-anak sudah pasti mempunyai cita-cita yang tersendiri.Ada yang ingin menjadi Doktor,ada yang ingin menjadi Polis dan sebagainya termasuklah anggota tentera .
Pada tanggal 11 September 2022,anak-anak Rumah Amal Raudhatul Jannah,telah dibawa ke Quaside Mall,Telok Panglima Garang,bagi menonton filem Air Force The Movie.
Disamping memberi anak-anak bergembira sambil menikmati pop-corn anak-anak secara tidak langsung dapat mendalami kehidupan dan tanggungjawab sebagai salah seorang anggota tentera.
Selain daripada itu,anak-anak turut didedahkan dengan pelbagai sikap yang positif seperti setia kawan,tidak mudah mengalah,membuat perancangan,patuh kepada arahan serta banyak lagi.
Terima kasih kepada para dermawan sekelian,sumbangan tuan/puan kami gunakan sebaik mungkin untuk menggembirakan anak-anak ini disamping menuntut ilmu.
Salam Takziah Kepada Ustaz Hafizuddin Nor Zaman Atas Pemergian Anak Tercinta
ุจِุณْู ِ ุงَِّููู ุงูุฑَّุญْู َِٰู ุงูุฑَّุญِูู ِ ุฅَِّูุง َِِّููู َูุฅَِّูุง ุฅَِِْููู ุฑَุงุฌِุนَُูู Dengan penuh rasa dukacita dan kesedihan, Rumah Amal Rau...
-
Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan D'Santai Ikan Bakar Morib di atas undangan. Terima kasih berkongsi rezeki dengan kami. ...
-
Alhamdulillah. Secara rasminya kami, Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah yang mengelola dan mengurus tadbir Rumah Amal Raudhatu...
-
22 Mei 2025 / Khamis / 3.00 pm, Pemeriksaan Berjadual Pusat Jagaan telah dilakukan oleh pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat Kuala Langat ke...
.png)




