29 Oktober 2022 | Sabtu
Pihak pengurusan telah menerima satu kes rujukan daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat Kuala Langat yang ingin menempatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 14 tahun di Rumah Amal Raudhatul Jannah. Menurut Pegawai Pelindung Kanak-Kanak JKM Kuala Langat,kanak-kanak ini dihantar oleh pihak Polis Seri Kembangan ke Balai Polis Banting bagi mendapatkan bantuan mengesan lokasi rumah yang dinyatakan namun tidak berjaya kerana beliau lupa.
Usaha mengesan waris kanak-kanak ini telah dilakukan dengan menyiarkan kisahnya dibeberapa media sosial namun sehingga kini usaha berkenaan tidak menemui jalan penyelesaian.
Kisah kanak-kanak ini dipaparkan di media sosial |
Kanak-kanak ini ditempatkan sementara di premis kami bermula 29 Oktober 2022 dan berakhir 9 November 2022.
Sekitar jam 8.00 malam kanak-kanak ini dihantar ke premis kami |
Membawa kanak-kanak ini membeli pakaian |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan