Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Rabu, 14 Disember 2016

Saham akhirat



Alhamdulillah,hari ini kami menerima tetamu daripada penuntut-penuntut UKM. Program amal setengah hari ini sesungguhnya memberi 1001 makna kepada anak-anak Rumah Amal raudhatul Jannah dalam mengenl erti kehidupan terutama erti bekerjasama dalam melakukan sesuatu tugasan.
Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada para penuntut UKM ini di atas segala khidmat bakti ini. Kami doakan agar kalian berjaya dalam segala bidang dan sering berada di bawah lindungan ALLAH swt.

" Kami berharap,agar perjumpaan ini bukanlah merupakan perjumpaan yang pertama kali,dan juga bukanlah perjumpaan yang terakhir,pintu pagar kami senantiasa terbuka "

Isnin, 12 Disember 2016


Alhamdulillah,jutaan terima kasih diucapkan kepada Encik Sobri sekeluarga di atas undangan makan tengahari bersama keluarga beliau di Subang,sempena dengan Maulidul Rasul pada hari ini.

Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik,rezeki yang melimpah ruah serta segala amalan diberkati Allah.

Kepada allahyarham ayahanda Encik Sobri,kami sedekahkan bacaan Surah Al-Fatiha kepada beliau. Semoga rohnya dicucuri rahmat.Insha Allah.

Ahad, 20 November 2016

API...API...API....kecil kawan,besar lawan


Kekurangan bukan penghalang bagi anak-anak ini menimba ilmu sebaiknya. Bukan sahaja ilmu yang diperolehi dari pihak sekolah,malahan ilmu kehidupan juga kami dedahkan kepada anak-anak. Mungkin tidak berguna pada ketika ini,namun akan berguna suatu ketika nanti.


5 November 2016,Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah melalui Rumah Amal Raudhatul Jannah telah mendapatkan kerjasama daripada Nepwin Firefighting and Engineering untuk mengadakan satu sessi latihan tatacara menggunakan alat pemadam api.

Rabu, 19 Oktober 2016

Namun ku punya hati

Mereka juga seperti anak-anak lain yang inginkan kehidupan yang selesa,terurus dan teratur. Mereka juga ingin berjaya seperti anak-anak yang lain. Cuma nasib tidak menyebelahi mereka. Rumah Amal Raudhatul Jannah,mengharapkan sumbangan daripada ANDA sekelian bagi membantu mereka ini BERJAYA didunia dan diakhirat. Setiap ringgit yang ANDA hulurkan,amat bermakna bagi kami.


Jumaat, 14 Oktober 2016

Saham yang abadi

Assalmmualaikum/Salam sejahtera.
Surau Rumah Amal Raudhatul Jannah sedang dalam proses menukar tingkap-tingkap jenis nako kepada jenis silidng. Ini kerana tingkap-tingkap sedia ada kebanyakannya tidak lagi boleh digunakan dan merbahaya terutama kepada anak-anak di sini.
Pada masa kini,kerja-kerja sedang giat dilaksanakan oleh pihak kontraktor.
Kos menelan belanja sebanyak RM 7,000.00.
Sehubungan dengan itu,besar harapan kami agar Tuan/Puan dapat membantu kami dengan menghulurkan sedikit sumbangan bagi membiayai kos ini.
Segala sumbangan tunai/cek/pindahan wang, boleh disalurkan terus ke akaun PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH , no akaun Maybank 5646 8710 8450.
Semoga dengan sedikit sumbangan ANDA ini, rumah ALLAH ini terpelihara dan dapat digunakan dengan selesa oleh penghuni-penghuni di sini,Insha ALLAH.
Sekiranya Tuan/Puan mempunyai sebarang pertanyaan,boleh hubungi pihak pengurusan Rumah Amal Raudhatul Jannah ( Hj. Zawal ) di talian 010-2318581 ATAU 017-312 8581.

Selasa, 4 Oktober 2016

Saham kekal

Menyedekahkan sebahagian harta. Sedekah yang diberikan secara ikhlas akan mendatangkan pahala yang berlipat ganda. Selain daripada harta yang diberikan sebagai sedekah, termasuk juga mewakafkan tanah untuk pembangunan pendidikan Islam, rumah anak yatim, maahad tahfiz, tanah perkuburan dan rumah orang-orang tua. Selagi tanah tersebut digunakan untuk kebaikan maka pahalanya akan berterusan kepada pemberi tanah wakaf tersebut.
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sesungguhnya sedekah itu benar-benar dapat memadamkan panas kubur bagi pelakunya, sesungguhnya orang mukmin kelak di hari kiamat hanyalah bernaung dalam naungan sedekahnya. (Hadis Riwayat Al-Tabrani)


Sedekah dapat di jadikan sebagai pemberi syafaat bagi pelakunya . Di dalam kubur ia mendapatkan kesejukan berkat sedekahnya dan terhindar dari panasnya kubur. Demikian pula di hari kiamat, ia akan mendapatkan naungan dari amal sedekahnya, padahal ketika itu kebanyakan manusia berada di dalam kepanasan yang tiada taranya. Dalam hadis lain di sebutkan bahawa sedekah itu dapat menolak kemurkaan Allah.
#bermuladaripadaanda
#hulurkansumbanganringankanbeban
#pertubuhankebajikanasnafraudhatuljannah
#maybank564687108450

Isnin, 26 September 2016

Anda pilih..kami terima..

Assalammualaikum Tuan/Puan para dermawan sekelian.
Semoga hari ini LEBIH baik dari semalam..
Tuan/Puan,
Kami di Rumah Amal Raudhatul Jannah,amat mengharap serta mengalu-alukan sumbangan daripada Tuan/Puan...
1) Sumbangan Tunai = KAMI TERIMA
2) Sumbangan berbentuk barangan dapur=KAMI TERIMA
3) Sumbangan barangan runcit basah dan kering=KAMI TERIMA
4) Pakaian terpakai ( dari usia 5 tahun ke atas )=KAMI TERIMA
5) Peralatan mandi= KAMI TERIMA
6) Pembayaran bil utiliti = KAMI TERIMA
7) Tajaan RM200.00 ( sarapan pagi hujung minggu )=KAMI TERIMA
segala bentuk sumbangan kami terima.Insha Allah akan dimanfaatkan sebaik mungkin demi anak-anak Rumah Amal Raudhatul Jannah,kakitangan serta pengurusan.
SUMBANGAN TUNAI/CEK/PINDAHAN WANG KE AKAUN PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH, MAYBANK 5646 8710 8450
ATAU
HUBUNGI 010-2318581/017-3128581 (Hj.Zawal) UNTUK SEBARANG MAKLUMAN DAN TEMUJANJI.
ANDA MEMBERI,MEREKA MANFAATKAN,INSHA ALLAH

Salam Takziah Kepada Ustaz Hafizuddin Nor Zaman Atas Pemergian Anak Tercinta

 Ø¨ِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َٰÙ†ِ الرَّØ­ِيمِ Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعُونَ Dengan penuh rasa dukacita dan kesedihan, Rumah Amal Rau...