Mengenai Kami
Khamis, 18 Ogos 2022
Isnin, 18 Julai 2022
Jom Dhuha
| Penghuni RARJ bersama Pegawai JAKIM dan barisan penceramah |
لَا يَقْعُدُ قَوْمٌ يَذْكُرُونَ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ إِلَّا حَفَّتْهُمُ المَلَائِكَةُ، وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ، وَنَزَلَتْ عليهمِ السَّكِينَةُ، وَذَكَرَهُمُ اللَّهُ فِيمَن عِنْدَهُ
Maksud: “Tidaklah suatu kaum duduk berzikir (mengingat) Allah melainkan mereka dikelilingi oleh para malaikat, diliputi rahmat, ditutunkan sakinah (ketenangan) dan mereka disebut oleh Allah di hadapan malaikat yang ada di sisiNya.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 2700)
Alhamdulillah.
Terima kasih kami warga RARJ ucapkan kepada pihak JAKIM yang telah memberikan kami peluang dan ruang bersama menganjurkan aktiviti pada hari ini walaupun terdapat sedikit ujian di awal dan dipertengahan majlis namun program ini berjaya dilaksanakan.Terima kasih para ustaz dan ustazah yang sudi berkongsi ilmu dengan kami.
| Selesai menuntut ilmu |
| Cenderahati disampaikan kepada Encik Hairul |
| Perkongsian ilmu |
| Mendalami dan menghayati |
Khamis, 14 Julai 2022
Ibadah Korban 1443H/2022
Program Ibadah Qurban merupakan salah satu program tahunan yang dianjurkan oleh Rumah Amal Raudhatul Jannah.
Setelah beberapa tahun sambutan
ini tidak dapat dilaksanakan berikutan penularan wabak Covid-19,pada tahun ini
Alhamdulillah pada tahun ini ianya telah dibenarkan untuk diadakan dan pada 11 Julai 2022 majlis ini telah diadakan.
Selain memberi peluang kepada
penghuni menyambut perayaan ini,pihak Rumah Amal Raudhatul Jannah juga membuka
ruang dan peluang kepada para dermawan,masyarakat setempat,pimpinan masyarakat
untuk bersama-sama menghayati maksud “pengorbanan” disamping menyantuni
anak-anak jagaan di sini.
Pada tahun ini sebanyak 2 ekor
lembu telah dikorbankan dan melibatkan seramai 14 orang peserta. Setiap peserta
dikenakan bayaran sebanyak RM800.00 untuk 1 bahagian. Lembu-lembu ini telah
disembelih dikandang lembu milik Encik Zairi di Kampung Olak Lempit.
Pada majlis ini juga,selain
penglibatan kakitangan serta penghuni Rumah Amal Raudhatul Jannah,kerja-kerja
melapah serta pembungkusan turut dibantu oleh peserta ibadah Qurban,masyarakat
setempat dan ahli jawatankuasa Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah.
|
Lembu No |
Berat (kg) |
Bilangan Bungkusan |
|
01 |
66kg |
33 bungkus |
|
02 |
68kg |
34 bungkus |
Sabtu, 9 Julai 2022
Dengarkanlah....
"Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu
Dan teringat janjiku padamu
Suatu hari pasti akan ku tepati
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku"
Isnin, 4 Julai 2022
KAWALAN & PENCEGAHAN
Alhamdulillah,pada tanggal 4 Julai 2022 perjanjian di antara Rumah Amal Raudhatul Jannah dengan pihak EVY Pest Solution telah ditandatangani.
Demi keselamatan,kesihatan dan keselesaan penghuni perhidmatan ini perlu diadakan bagi mencegah sebarang perkara yang tidak diingini berlaku apatah lagi dengan kehadiran tetamu yang tidak diundang.
Terima kasih EVY Pest Solution sudi bekerjasama dengan pihak kami. Antara perkhimatan yang akan dilakukan :
- Semburan Baki atau Resudual Spray
- Memasang umpan di kawasan yang tersembunyi
- Memasang gel di rak-rak dan kawasan simpanan makanan
- Pemasangan racun basmi cicak
- Semburan kabus dan
- Menabur belerang di kawasan tertentu
Sabtu, 2 Julai 2022
Mat Kilau
Alhamdulillah.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid06WxZtPx6MnsJibiPazKa65UNdT2MGNZJNCZMTJnWQRbSguBJmXDqCTRjesZzuo81l&id=100002413601788
Ahad, 26 Jun 2022
Kita mula dari bawah
Terima kasih kami ucapkan kepada Mahasiswa dan Mahasiswi UKM Biomed di atas kunjungan serta berkongsi ilmu dengan anak-anak diRumah Amal Raudhatul Jannah pada hari ini.
Moga setiap ilmu yang disampaikan Allah akan berikan sebaik ganjaran pahala buat semua.Terima kasih Dr.Farahwahida Ibrahim di atas kesudian bersama.Tahniah Pengarah progam Cik Rabia'atul Adawiyah Mohd Mohyiddin dan barisan AJK Pelaksana.
Salam Takziah Kepada Ustaz Hafizuddin Nor Zaman Atas Pemergian Anak Tercinta
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ Dengan penuh rasa dukacita dan kesedihan, Rumah Amal Rau...
-
Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan D'Santai Ikan Bakar Morib di atas undangan. Terima kasih berkongsi rezeki dengan kami. ...
-
Alhamdulillah. Secara rasminya kami, Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah yang mengelola dan mengurus tadbir Rumah Amal Raudhatu...
-
22 Mei 2025 / Khamis / 3.00 pm, Pemeriksaan Berjadual Pusat Jagaan telah dilakukan oleh pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat Kuala Langat ke...









