Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Jumaat, 6 Mei 2022

Menjunjung Kasih Tuanku

 


Pada tanggal 26 April 2022 (Selasa) warga Rumah Amal Raudhatul Jannah amat berbesar hati di atas kesudian Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj,Raja Muda Selangor mencemar duli ke premis kami di Olak Lempit,Banting,Selangor.

Menjunjung kasih Tuanku. 

Duli Yang Teramat Mulia Tuanku diberi taklimat oleh Pengurus RARJ

Anak-anak RARJ beramah mesra dengan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku


Dalam lawatan ini, Duli Yang Teramat Mulia Tuankupenyerahan sumbangan duit raya kepada penghuni, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku  Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj,Raja Muda Selangor, berkenan untuk menyampaikan duit raya kepada penghuni RARJ yang disumbangkan oleh SUNWAY Group .


Penyampaian duit raya

Bersama YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

 

YAB Perdana Menteri menyantuni anak-anak Rumah Amal Raudhatul Jannah

25 April 2022 ( Isnin ),warga Rumah Amal Raudhatul Jannah amat berbesar hati menerima jemputan berbuka puasa bersama YAB Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Putrajaya.

Terima kasih Datuk Seri di atas kenangan ini dan berkongsi kasih dan sayang dengan anak-anak.

YAB Perdana Menteri bertanya khabar dan menghulurkan duit raya kepada penghuni

#keluargaMalaysia

Isnin, 21 Mac 2022

Ramadhan


 Assalammualaikum semua.

Hadiahkan RM10.00 untuk 28 orang penghuni di sini sempena dengan kehadiran Ramadhan | Syawal kali ini.
Dana - dana ini akan digunakan untuk keperluan dan kehendak anak-anak sepanjang Ramadhan dan Syawal ini,Insha ALLAH.
Salurkan segala sumbangan ke dalam akaun :
𝗣𝗘𝗥𝗧𝗨𝗕𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗝𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗔𝗦𝗡𝗔𝗙 𝗥𝗔𝗨𝗗𝗛𝗔𝗧𝗨𝗟 𝗝𝗔𝗡𝗡𝗔𝗛
🏧𝗮𝗸𝗮𝘂𝗻 𝗠𝗔𝗬𝗕𝗔𝗡𝗞 𝟱𝟲𝟰𝟲 𝟴𝟳𝟭𝟬 𝟴𝟰𝟱𝟬
🏧 𝗮𝗸𝗮𝘂𝗻 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠 𝟭𝟮𝟬𝟳 𝟰𝟬𝟭 𝟬𝟬 𝟲𝟲 𝟰𝟰𝟰

Rabu, 16 Mac 2022

Ibu..


 Menjelang Ramadhan.

16 Mac 2022/Rabu.

Team RJ bawa 3 penghuni (anak yatim) ke pusara arwah bonda mereka.

Alhamdulillah.

Bacaan Yaasin dan Tahlil dihadiahkan kepada arwah yang disampaikan oleh anak arwah sendiri (Hafizam).

Moga Allah sampaikan segala pahala buat arwah.

Al-Fatehah


#tanggungjawabbersama 

#anaksoleh 

#rumahamalraudhatuljannaholaklempit

Rabu, 2 Mac 2022

BERDAFTAR DENGAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT


 Alhamdulillah,kami telah menerima Akuan Pendaftaran Pusat Jagaan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor untuk beroperasi bagi tahun 2022-2027.

Khamis, 20 Januari 2022

Terima Kasih..

𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛❜....
Khas didedikasikan kepada insan yang masih bertatih dalam mengenal erti kehidupan.... berkongsi hilai tawa kegembiraan...mengadu domba kemahuan....dugaan Allah siapa yang tahu...insan-insan kerdil ini Di uji begitu berat....tanpa kasih dan sayang....sunyi tanpa hilai tawa....memendam luahan jiwa Dan raga....Allah maha Adil maha penyayang....Di temukn mereka Di tempat yang di penuhi kasih Dan sayang biar pun ianya bukan sealiran darah keturunan....sesungguhnya ia cukup walau sedikit dpt mengubat hati kecil mereka....
( Story board lirik 'Terima Kasih" )
Terima kasih insan-insan yang bertungkus lumus menyiapkan lagu,lirik dan muzik Terima Kasih....
Bantu kami dengan menghulurkan sumbangan.

Salam Takziah Kepada Ustaz Hafizuddin Nor Zaman Atas Pemergian Anak Tercinta

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ Dengan penuh rasa dukacita dan kesedihan, Rumah Amal Rau...