Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Jumaat, 21 Mei 2021

AKTIVITI JAN MAY 2021

Alhamdulillah,jutaan terima kasih diucapkan kepada semua dermawan yang telah menghulurkan sumbangan kepada kami di Rumah Amal Raudhatul Jannah,Olak Lempit,Banting,Selangor.
Tanpa sumbangan dan sokongan tuan/puan sekelian,siapalah kami.
Kami mendoakan agar setiap sumbangan dan tajaan yang dihukurkan ALLAH akan membalas dengan pelbagai kebaikan di dunia mahupun akhirat.
Moga kita semua dilindungi dan dirahmati ALLAH swt.

Selasa, 18 Mei 2021

Alhamdulillah.

Alhamdulillah
Syukur ke hadrat ALLAH swt.
Dari tahun 2015 hinggalah kini,pembaharuan demi pembaharuan telah kami laksanakan demi untuk keselesaan para penghuni dan yang paling utama adalah setiap sen dibelanjakan demi untuk anak-anak.Amanah yang dipikul oleh kami warga kerja adalah amat berat namun kami sedaya upaya memikul segala tanggungjawab ini sebaiknya.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para dermawan sekelian samada yang pernah bersua dengan kami mahupun yang tidak,jasa serta sumbangan anda semua hanya ALLAH swt sahaja yang dapat membalasnya.
Kami berharap agar para dermawan terus menghulurkan sumbangan kepada kami.Banyak lagi yang perlu kami lakukan.Sahsiah serta kejayaan penghuni dalam pelbagai aspek menjadi keutamaan kami.Tanpa sokongan anda,kami TIDAK mungkin mampu merealisasikan segala impian anak-anak serta memberikan perkhidmatan yang terbaik.


Isnin, 15 Mac 2021

Lawatan YB Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat

 

Tanggal 14 Mac 2021 merupakan tarikh yang bersejarah dan amat bermakna kepada kami warga Pusat Jagaan Rumah Amal Raudhatul Jannah apabila YB Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat,Datuk Seri Rina Binti Mohd Harun sudi melawat seterusnya menyampaikan sumbangan tunai berjumlah RM2000.00 kepada kami untuk pengurusan dan pentadbiran.

YB Menteri juga diiringi bersama Tuan Mohd Nasri Mohd Nordin,General Manager Ronald McDonald House Charities,Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat serta beberapa pegawai.

Dalam lawatan hampir 1 jam ini, YB Menteri diberi penerangan oleh Pengurus Besar Rumah Amal Raudhatul Jannah mengenai bilangan penghuni serta operasi RARJ. YB Menteri juga menyantuni anak-anak yang berada di dalam pusat ini serta menyampaikan sumbangan duit raya berjumlah RM20.00 setiap seorang.




Mewakili warga Pusat Jagaan Rumah Amal Raudhatul Jannah,jutaan terima kasih diucapkan kepada YB Menteri di atas kesudian melapangkan masa menyantuni kami di sini.Sesungguhnya kehadiran YB Menteri memberikan sedikit sinar kegembiraan kepada anak-anak di sini.



Isnin, 15 Februari 2021

Anak-anak RARJ 2021


 Assalammualaikum.

Bantulah kami dengan menghulurkan sumbangan.Tanpa sokongan dan sumbangan ikhlas daripada para dermawan sekelian,segala perancangan yang di atur tidak akan dapat direalisasikan.

Salurkan sumbangan tunai ke dalam akaun :


PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH,
Maybank 564687108450.


Terima kasih.

#seeekahtakmembuatmumiskin

Cecair Pembasmi Kuman & Vitamin C


 ๐ด๐‘ ๐‘ ๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘š๐‘š๐‘ข๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘–๐‘˜๐‘ข๐‘š/๐‘†๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘š ๐‘†๐‘’๐‘—๐‘Žโ„Ž๐‘ก๐‘’๐‘Ÿ๐‘Ž.


๐ŸคฒKami amat mengharapkan sumbangan tunai daripada para dermawan sekelian bagi membeli barangan seperti:


1)Vitamin C

2)Cecair Pembasmi Kuman

 

๐ŸคฒRAYUAN DANA RM10.00 


๐Ÿ‘‰Salurkan sumbangan tuan/puan ke dalam akaun:


๐™‹๐™€๐™๐™๐™๐˜ฝ๐™๐™ƒ๐˜ผ๐™‰ ๐™†๐™€๐˜ฝ๐˜ผ๐™…๐™„๐™†๐˜ผ๐™‰ ๐˜ผ๐™Ž๐™‰๐˜ผ๐™ ๐™๐˜ผ๐™๐˜ฟ๐™ƒ๐˜ผ๐™๐™๐™‡ ๐™…๐˜ผ๐™‰๐™‰๐˜ผ๐™ƒ


๐Ÿง akaun ๐— ๐—”๐—ฌ๐—•๐—”๐—ก๐—ž ๐Ÿฑ๐Ÿฒ๐Ÿฐ๐Ÿฒ๐Ÿด๐Ÿณ๐Ÿญ๐Ÿฌ๐Ÿด๐Ÿฐ๐Ÿฑ๐Ÿฌ

๐Ÿง akaun ๐—•๐—”๐—ก๐—ž ๐—œ๐—ฆ๐—Ÿ๐—”๐—  ๐Ÿญ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿณ๐Ÿฐ๐Ÿฌ๐Ÿญ๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿฒ๐Ÿฒ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿฐ

๐Ÿง akaun ๐—•๐—”๐—ก๐—ž ๐—ฅ๐—”๐—ž๐—ฌ๐—”๐—ง ๐Ÿญ๐Ÿญ๐Ÿฌ๐Ÿญ๐Ÿด๐Ÿญ๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿต๐Ÿฐ๐Ÿญ


Notifikasi : kesihatan


#sedekahtakmembuatmumiskin

Sabtu, 9 Januari 2021

Cre-Yeay-Tive (Jan 2021)


Untuk berjaya dalam kehidupan dimasa mendatang,perancangan,keberanian serta keyakinan diri perlu ada di dalam diri masing-masing terutama penghuni di Rumah Amal Raudhatul Jannah.
Program "Cre-Yeay-Tive" yang diilhamkan oleh Teacher Ann dan Sir Hafizal telah mula dilaksanakan bermula hari ini.
33 orang penghuni terlibat dalam kelas/program pada hari ini.

Selasa, 1 Disember 2020

Sumbangan amat diharapkan

๐ด๐‘ ๐‘ ๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘š๐‘š๐‘ข๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘–๐‘˜๐‘ข๐‘š/๐‘†๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘š ๐‘†๐‘’๐‘—๐‘Žโ„Ž๐‘ก๐‘’๐‘Ÿ๐‘Ž.
๐ŸคฒKami amat mengharapkan sumbangan tunai daripada para dermawan sekelian demi untuk 31 orang anak-anak di Rumah Amal Raudhatul Jannah ini.
๐Ÿ‘‰Salurkan sumbangan tuan/puan ke dalam akaun:
๐™‹๐™€๐™๐™๐™๐˜ฝ๐™๐™ƒ๐˜ผ๐™‰ ๐™†๐™€๐˜ฝ๐˜ผ๐™…๐™„๐™†๐˜ผ๐™‰ ๐˜ผ๐™Ž๐™‰๐˜ผ๐™ ๐™๐˜ผ๐™๐˜ฟ๐™ƒ๐˜ผ๐™๐™๐™‡ ๐™…๐˜ผ๐™‰๐™‰๐˜ผ๐™ƒ
๐Ÿง akaun ๐— ๐—”๐—ฌ๐—•๐—”๐—ก๐—ž ๐Ÿฑ๐Ÿฒ๐Ÿฐ๐Ÿฒ๐Ÿด๐Ÿณ๐Ÿญ๐Ÿฌ๐Ÿด๐Ÿฐ๐Ÿฑ๐Ÿฌ
๐Ÿง akaun ๐—•๐—”๐—ก๐—ž ๐—œ๐—ฆ๐—Ÿ๐—”๐—  ๐Ÿญ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿณ๐Ÿฐ๐Ÿฌ๐Ÿญ๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿฒ๐Ÿฒ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿฐ
๐Ÿง akaun ๐—•๐—”๐—ก๐—ž ๐—ฅ๐—”๐—ž๐—ฌ๐—”๐—ง ๐Ÿญ๐Ÿญ๐Ÿฌ๐Ÿญ๐Ÿด๐Ÿญ๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿต๐Ÿฐ๐Ÿญ

Salam Takziah Kepada Ustaz Hafizuddin Nor Zaman Atas Pemergian Anak Tercinta

 ุจِุณْู…ِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุงู„ุฑَّุญْู…َٰู†ِ ุงู„ุฑَّุญِูŠู…ِ ุฅِู†َّุง ู„ِู„َّู‡ِ ูˆَุฅِู†َّุง ุฅِู„َูŠْู‡ِ ุฑَุงุฌِุนُูˆู†َ Dengan penuh rasa dukacita dan kesedihan, Rumah Amal Rau...