Alhamdulillah.
Mengenai Kami
Khamis, 7 Oktober 2021
Bacaan Yaasin,Tahli dan Doa
Alhamdulillah.
Info
Alhamdulillah,kemaskini bilangan penghuni dan kakitangan Rumah Amal Raudhatul Jannah yang telah menerima suntikan vaksin sehingga 6 Oktober 2021.
Minum petang
Alhamdulillah,selepas solat Asar berjemaah,tiba giliran untuk anak-anak menikmati minum petang pula.
Menu petang ini istimewa sedikit,laksa.Permintaan anak-anak,kami tunaikan.
Terima kasih para dermawan sekelian,sumbangan yang dihulurkan dimanfaatkan sebaik mungkin ,semoga para dermawan sekelian sentiasa dirahmati ALLAH.
Selasa, 28 September 2021
Ribut
Assalammualaikum wbkt | Salam Sejahtera.
Sejumlah RM4115.00 dana baik pulih kerosakan di premis Rumah Amal Raudhatul Jannah diperlukan segera.
Dana-dana ini akan digunakan untuk membaiki peralatan yang rosak akibat ribut yang melanda pada 26 September 2021 (Ahad).
๐Salurkan sumbangan tuan/puan ke dalam akaun:
Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah
akaun MAYBANK 564687108450.
Notifikasi : #ribut
Semoga dengan sumbangan ini kerja-kerja baik pulih dapat dilakukan segera dan kami mendoakan agar ALLAH mengurniakan sebaik ganjaran kepada para dermawan sekelian.Insha ALLAH.
Jumaat, 21 Mei 2021
AKTIVITI JAN MAY 2021
Selasa, 18 Mei 2021
Alhamdulillah.
Syukur ke hadrat ALLAH swt.
Dari tahun 2015 hinggalah kini,pembaharuan demi pembaharuan telah kami laksanakan demi untuk keselesaan para penghuni dan yang paling utama adalah setiap sen dibelanjakan demi untuk anak-anak.Amanah yang dipikul oleh kami warga kerja adalah amat berat namun kami sedaya upaya memikul segala tanggungjawab ini sebaiknya.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para dermawan sekelian samada yang pernah bersua dengan kami mahupun yang tidak,jasa serta sumbangan anda semua hanya ALLAH swt sahaja yang dapat membalasnya.
Kami berharap agar para dermawan terus menghulurkan sumbangan kepada kami.Banyak lagi yang perlu kami lakukan.Sahsiah serta kejayaan penghuni dalam pelbagai aspek menjadi keutamaan kami.Tanpa sokongan anda,kami TIDAK mungkin mampu merealisasikan segala impian anak-anak serta memberikan perkhidmatan yang terbaik.
Isnin, 15 Mac 2021
Lawatan YB Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat
Tanggal 14 Mac 2021 merupakan tarikh yang bersejarah dan amat bermakna kepada kami warga Pusat Jagaan Rumah Amal Raudhatul Jannah apabila YB Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat,Datuk Seri Rina Binti Mohd Harun sudi melawat seterusnya menyampaikan sumbangan tunai berjumlah RM2000.00 kepada kami untuk pengurusan dan pentadbiran.
YB Menteri juga diiringi bersama Tuan Mohd Nasri Mohd Nordin,General Manager Ronald McDonald House Charities,Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat serta beberapa pegawai.
Dalam lawatan hampir 1 jam ini, YB Menteri diberi penerangan oleh Pengurus Besar Rumah Amal Raudhatul Jannah mengenai bilangan penghuni serta operasi RARJ. YB Menteri juga menyantuni anak-anak yang berada di dalam pusat ini serta menyampaikan sumbangan duit raya berjumlah RM20.00 setiap seorang.
Mewakili warga Pusat Jagaan Rumah Amal Raudhatul Jannah,jutaan terima kasih diucapkan kepada YB Menteri di atas kesudian melapangkan masa menyantuni kami di sini.Sesungguhnya kehadiran YB Menteri memberikan sedikit sinar kegembiraan kepada anak-anak di sini.
Salam Takziah Kepada Ustaz Hafizuddin Nor Zaman Atas Pemergian Anak Tercinta
ุจِุณْู ِ ุงَِّููู ุงูุฑَّุญْู َِٰู ุงูุฑَّุญِูู ِ ุฅَِّูุง َِِّููู َูุฅَِّูุง ุฅَِِْููู ุฑَุงุฌِุนَُูู Dengan penuh rasa dukacita dan kesedihan, Rumah Amal Rau...
-
Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan D'Santai Ikan Bakar Morib di atas undangan. Terima kasih berkongsi rezeki dengan kami. ...
-
Alhamdulillah. Secara rasminya kami, Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah yang mengelola dan mengurus tadbir Rumah Amal Raudhatu...
-
22 Mei 2025 / Khamis / 3.00 pm, Pemeriksaan Berjadual Pusat Jagaan telah dilakukan oleh pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat Kuala Langat ke...









