Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Khamis, 17 Mei 2018

Rayuan Dana Ramadhan/Syawal 1439H /2018

Assalammualaikum/Salam Sejahtera.
SALAM RAMADHAN...
Rayuan dana Ramadhan / Syawal 1439 H diperlukan.

Dana-dana ini akan digunakan untuk :
-membiayai bil-bil utiliti
-perbelanjaan persekolahan penghuni
-perbelanjaan kelas tambahan
-penyelenggaraan
-bayaran ansuran kenderaan
-barang basah & kering
-keperluan penghuni & pentadbiran
Sebarang pertanyaan,boleh hubungi :
Hj.Zawal ditalian
www.wasap.my/60102318581
www.wasap.my/60173128581
atau datang sendiri ke Rumah Amal Raudhatul Jannah di Lot 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor (belakang Shell dan Ole Futsal,Olak Lempit).

Sumbangan boleh disalurkan terus ke dalam akaun rasmi PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH,akaun Maybank 5646 8710 8450.

Kami mendoakan,agar setiap ringgit yang tuan/puan infaq kan akan diberikan ganjaran sebaiknya dari Allah swt,Insha Allah

Selasa, 1 Mei 2018

Tajaan Ramadhan 2018


Assalammualaikum wbkt / salam sejahtera.

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun�..

Sumbangan tunai /cek/pindahan wang amat kami harapkan sempena dengan kehadiran bulan Ramadhan yang bakal menjelma tidak berapa lama lagi. Segala sumbangan akan digunakan untuk penyediaan juadah bersahur,berbuka puasa dan moreh.

Sumbangan boleh disalurkan ke dalam akaun PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH, akaun maybank 5646 8710 8450.

Sebarang pertanyaan/info lanjut boleh hubungi Hj Zawalajam Mashod di talian seperti tertera :
www.wasap.my/60102318581
www.wasap.my/60173128581
email: rumahamalraudhatuljannah15@gmail.com
Juga dipohon kepada para dermawan sekelian,agar dapat whatsappkan slip transaksi ke nombor tertera di atas,untuk tujuan pengasingan dana.

#ramadhan2018
#tajaanramadhan
#rumahamalraudhatuljannah

Sabtu, 21 April 2018

Rayuan Dana Zink

Assalammualaikum / Salam Sejahtera.
Kami di Rumah Amal Raudhatul Jannah amat-amat memerlukan sumbangan tunai untuk menggantikan keseluruhan zink-zink lana di bangunan yang menempatkan pejabat pengurusan,bilik komputer,perpustakaan,dewan makan,dapur dan stor yang dianggarkan berjumlah RM17,000.00.

Kejadian ini berlaku pada 21 April 2018 sekitar jam 4.00 petang.Air hujan mencurah dan memasuki beberapa kawasan ini hingga menyebabkan beberapa peralatan dan dokumen rosak akibat terkena air hujan.

Salurkan sumbangan anda ke dalam akaun PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH,akaun MAYBANK 5646 8710 8450.

-Sila whatsapp slip transaksi anda ke nombor 010-2318581/017-3128581 (Hj.Zawalajam Mashod) untuk tujuan pengasingan dana-

Atau datang ke Rumah Amal Raudhatul Jannah,Olak Lempit,Banting (belakang Shell dan Ole Futsal)

Kami doakan agar setiap ringgit yang anda hulurkan ,Allah akan gantikan dengan ganjaran yang lebih baik.

Khamis, 5 April 2018

Tajaan Aidilfitri 2018


Assalammualaikum dan Salam sejahtera diucapkan kepada para dermawan sekelian.
Pada masa kini kami sedang giat menumpulkan dana berjumlah RM20,000.00 untuk menyediakan pakaian hari raya Aidilfitri 2018 yang akan menjelma tidak berapa lama lagi untuk 38 orang anak-anak di sini.
Sehubungan dengan itu,kami memohon jasa baik para dermawan sekelian untuk membantu kami dengan menghulurkan sumbangan tunai berjumlah RM 30.00 / 1 penyertaan bagi tujuan tersebut.
Salurkan sumbangan ANDA ke dalam akaun :
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH
No akaun :
MAYBANK 5646 8710 8450
Pertanyaan :
**POHON WHATSAPP SLIP TRANSAKSI UNTUK TUJUAN PENGASINGAN DANA**
NOTIFIKASI : #raya2018

Ahad, 25 Mac 2018

Kunjungan Marhabah



Alhamdulillah.Program Kunjungan Mahabbah Sunway University Islamic Society yang diadakan pada 25 Mac 2018/7 Rejab 1439H telah pun melabuhkan tirainya jam 6.30 petang.

Seramai 16 orang penuntut telah hadir ke Rumah Amal Raudhatul Jannah menyantuni 36 orang anak-anak di sini.

Bagi pihak Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah serta Rumah Amal Raudhatul Jannah,jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para penuntut Sunway University ini.

Program diketuai oleh Saudara Ahmad Shamil Saadon ini sedikit sebanyak membantu anak-anak dalam pelbagai aspek terutama kerjasama dan semangat perpaduan.Aktiviti-aktiviti yang dijalankan nampak mudah namun ianya menguji fizikal dan mental anak-anak demi mempunyai sahsiah diri yang terbaik.

Bagi pihak pengurusan dan pentadbiran RARJ,Haji Zawal berharap agar kunjungan ini bukanlah pertemuan yang pertama dan juga bukan pertemuan yang terakhir.Berharap agar kerjasama ini dapat dijalankan lagi dari masa ke semasa.Dikesempatan ini juga beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menggembirakan hati anak-anak syurga ini.

Beliau juga berharap agar sumbangan dapat dihulurkan bagi meringankan tanggungan perbelanjaan harian RARJ.

Segala sumbangan boleh disalurkan ke dalam akaun Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah,Maybank 5646 8710 8450.Pertanyaan dan info lanjut boleh hubungi Hj.Zawal ditalian 010-2318581/017-3128581.

Selasa, 20 Mac 2018

Lawatan ke Bandaraya Bersejarah (17 Mac 2018)



Alhamdulillah.

Segala puji bagi Allah.

Kali ini anak-anak Rumah Amal Raudhatul Jannah,Olak Lempit,Banting telah dibawa ke Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah pada 17 Mac 2018 yang lalu.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada YBhg Dato Ghazali dan keluarga di atas tajaan tersebut.

Pengalaman baru dan sangat berharga buat anak-anak ini.Sambil berjalan anak-anak dapat mempelajari sejarah.

Terima kasih sekali lagi kami ucapkan.






Isnin, 19 Mac 2018

Kunjungan PAID Kuala Langat



Alhamdulillah. 2 Rejab 1439H bersamaan 19 Mac 2018 merupakan hari yang sangat bertuah dan bermakna kepada kami warga Rumah Amal Raudhatul Jannah pabila dikunjungi oleh pihak Pejabat Agama islam Daerah Kuala Langat yang diketuai oleh Ustaz Ramli bin Sidom.

Terima kasih diucapkan di atas segala sumbangan termasuk tajaan makan tengahari bersama anak-anak.

Semoga kunjungan ini,bukanlah merupakan kunjungan yang pertama dan bukan juga yang terakhir.Terima kasih juga di atas khidmat nasihat serta pandangan yang telah diberikan.

Moga Allah berkati kita semua,Insha Allah.

Salam Takziah Kepada Ustaz Hafizuddin Nor Zaman Atas Pemergian Anak Tercinta

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ Dengan penuh rasa dukacita dan kesedihan, Rumah Amal Rau...