Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.

Rarj Official 2024 by Rumah Amal Raudhatul Jannah on Scribd

Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Ahad, 12 Jun 2022

Pemantapan Jati Diri Anak-anak Yatim dan Asnaf



 Pada 10 - 12 Jun 2022,bertempat di Kem El-Azzhar Camp ,Morib 8 orang penghuni Rumah Amal Raudhatul Jannah telah dihantar mengikuti program pemantapan jati diri khusus untuk anak-anak yatim dan asnaf .

Program ini merupakan program tnggungjawab sosial Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan Dr.Aishah Dynamic Consultancy Sdn Bhd dan dengan kerjasama 2 buah rumah anak yatim dan asnaf di dalam Daerah Kuala Langat, Rumah Amal Raudhatul Jannah dan Rumah Anak Yatim dan Asnaf Kampung Sungai Buaya.

Sebahagian penghuni RARJ yang melapor diri

Peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang menarik menjurus kepada pembentukan sahsiah diri dan jati diri.

Dr.Aishah Bt. Haji Kasa

Peserta mendengar taklimat 



Antara aktiviti yang diadakan.



Tazkirah

Salah satu aktiviti yang diadakan

Dikesempatan ini jutaan terima kasih kami ucapkan kepada pihak penganjur kerana memberi peluang serta ruang untuk anak-anak ini mempelajari satu ilmu yang baharu.Kepada anak-anak,gunakan segala ilmu yang telah dicurahkan demi kebaikan dunia dan akhirat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Menjunjung Kasih

 Bismillah. Menjunjung Kasih Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor yang tel...