| Berbaris dahulu sebelum memasuki premis |
Setelah sekian lama anak-anak tidak "outing" berikutan wabak yang melanda dan jadual kami yang agak padat beberapa bulan kebelakangan ini,hari ini berkesempatan membawa anak-anak serta kakitangan bersarapan pagi di luar premis kami.
Seawal jam 7.30 pagi ketiga-tiga buah kenderaan kami telah tiba di Ayun Station,Taman Seri,Telok Datok. Warung yang menyediakan pelbagai menu sarapan pagi yang diantara menu utamanya adalah Nasi Lemak Daun Pisang.
| Rambang mata untuk memilih pelbagai jenis lauk yang dihidangkan |
Ketibaan kami disambut oleh Encik Khairul Azhar Misnan selaku pemilik warung. Setinggi penghargan terima kasih diucapkan kepada beliau serta warga kerjanya di atas layanan yang baik.
| Bacaan doa sebelum makan diketuai oleh anakanda Ahmad Danial Haziq |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan