Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.

Rarj Official 2024 by Rumah Amal Raudhatul Jannah on Scribd

Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Ahad, 19 Mac 2017

DANA DIPERRLUKAN SEGERA

Assalammualaikum/Salam Sejahtera.
Bagi memberi keselesaan kepada penghuni di Rumah Amal Raudhatul Jannah,terutama penghuni putera,kami berhasrat untuk membesarkan ruang asrama.

DANA TERKUMPUL SEHINGGA 19 MAC 2017-JAM 4.00 PETANG : RM 2480.00.

Kos penambahan dianggarkan RM14,000.
Sehubungan dengan itu,kami merayu kepada tuan/puan para dermawan sekelian untuk menyumbang RM20.00 untuk 1 bahagian.
Sumbangan boleh disalurkan terus ke dalam akaun rasmi PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH,akaun Maybank 5646 8710 8450.
Sebarang pertanyaan,boleh hubungi :
Hj.Zawal ditalian

www.wasap.my/60102318581
www.wasap.my/60173128581

atau datang sendiri ke Rumah Amal Raudhatul Jannah di Lot 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor (belakang Shell dan Ole Futsal,Olak Lempit).

Sila whatsapp slip transaksi tuan/puan ke nombor tertera di atas bagi tujuan pengasingan dana.

Kami mendoakan,agar setiap ringgit yang tuan/puan infaq kan akan diberikan ganjaran sebaiknya dari Allah swt,Insha Allah.

1 ulasan:

  1. Telah saya panjangkan makluman ini di https://plus.google.com/+OtaiSelangor/posts/aAGSpjRoAR3

    BalasPadam

Menjunjung Kasih

 Bismillah. Menjunjung Kasih Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor yang tel...