Mengenai Kami
Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah.
Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.
Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).
Rabu, 27 Mei 2015
Bila para Doktor berkampung di sini....
Program Jom Sihat & Bijak telah pun selesai diadakan pada Ahad 24 Mei 2015 yang lalu. Program anjuran Biro Kebajikan dan Kesihatan Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah ini telah mendapat kerjasama dari pihak Pusat Kesihatan Daerah Kuala Langat serta alumni MD ( UKM ) 83.
Program dimulakan dengan senamrobik bersama dengan kakitangan dan penghuni Rumah Amal Raudhatul Jannah. Memang seronok melihat karenah anak-anak bersenamrobik ni. Alhamdulillah.
Program diteruskan dengan sesi penerangan mengenai masalah kesihatan dan pemakanan.
Mewakili pihak Rumah Amal Raudhatul Jannah,kami mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan program ini juga ilmu yang telah disampaikan kepada warga Rumah Amal Raudhatul Jannah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan D'Santai Ikan Bakar Morib di atas undangan. Terima kasih berkongsi rezeki dengan kami. ...
-
Alhamdulillah. Secara rasminya kami, Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah yang mengelola dan mengurus tadbir Rumah Amal Raudhatu...
-
22 Mei 2025 / Khamis / 3.00 pm, Pemeriksaan Berjadual Pusat Jagaan telah dilakukan oleh pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat Kuala Langat ke...




Tiada ulasan:
Catat Ulasan