Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.

Rarj Official 2024 by Rumah Amal Raudhatul Jannah on Scribd

Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Sabtu, 16 Mei 2015

Jasa UniKL MIAT


Alhamdulillah.
Mewakili pihak pengurusan serta pentadbiran RARJ kami ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh tenaga pengajar dan penuntut-penuntut dari UniKL MIAT yang selama beberapa bulan dan tahun ini banyak membantu dalam urusan pembelajaran anak-anak.
Tiada apa yang dapat kami balas melainkan hanya doa saya dan warga RARJ agar kalian semua khususnya warga UniKL MIAT berjaya dan terus berjaya dimasa akan datang. Insha Allah.


15 Mei 2015 ( Jumaat ) merupakan satu pengalaman yang cukup indah buat kami warga RARJ. Pihak UniKL MIAT hadir ke asrama kami menjamu anak-anak dengan juadah yang dimasak khas oleh warga UniKL MIAT. Ternyata anak-anak begitu mesra dan gembira dengan abang-abang dan kakak-kakak mereka ini.


Setiap pertemuan itu,sudah pastinya akan berakhir denga perpisahan. Namun diharapkan agar perpisahan ini bukan perpisahan yang abadi. Kami warga RARJ senantiasa menanti kunjungan anda semua dan sudah pasti anak-anak RARJ akan merindui saat-saat indah selama ini.


Terima kasih semua...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Menjunjung Kasih

 Bismillah. Menjunjung Kasih Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor yang tel...