Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Selasa, 23 Disember 2025

Tilam..tilam..

 Dengan penuh rendah hati, pihak Rumah Amal Raudhatul Jannah ingin memohon sumbangan dan tajaan daripada individu, syarikat korporat, serta badan-badan kebajikan bagi tujuan pembelian 20 unit tilam baharu untuk kegunaan para penghuni rumah amal ini.


Sebagai sebuah pusat kebajikan yang menempatkan anak-anak yatim, asnaf, dan golongan kurang bernasib baik, keselesaan tempat tidur amat penting bagi memastikan mereka dapat berehat dengan baik serta menjalani kehidupan harian dengan lebih sihat dan ceria. Tilam sedia ada kini telah uzur dan tidak lagi sesuai digunakan, justeru keperluan menggantikannya amat mendesak.
Anggaran kos bagi setiap unit tilam adalah sekitar RM150, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM3,000. Sumbangan boleh disalurkan ke dalam akaun rasmi kami seperti tertera.
Setiap sumbangan yang diberikan akan menjadi amal jariah yang berpanjangan, insya-Allah, dan akan membantu memberikan keselesaan serta senyuman kepada anak-anak yang memerlukan.
Untuk maklumat lanjut atau penyaluran sumbangan, boleh berhubung terus dengan pihak pengurusan Rumah Amal Raudhatul Jannah melalui:
Telefon: 010-2318581
Alamat: Rumah Amal Raudhatul Jannah,PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting.
Akaun Bank: BANK ISLAM | Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah| 12074010066444
Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan dan kemurahan hati para penyumbang dengan ganjaran yang berlipat ganda di dunia dan akhirat.
“Sesungguhnya tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.”
Sekian, terima kasih atas keprihatinan dan sokongan berterusan.
Rumah Amal Raudhatul Jannah
Bersama Menyemai Kasih, Menyubur Ihsan

Ahad, 21 Disember 2025

Univerisity Of Cyberjaya


Program kerjasama antara Rumah Amal Raudhatul Jannah, Universiti of Cyberjaya dan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) telah berjaya dilaksanakan pada 21
Disember 2025. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara institusi pendidikan serta pertubuhan kebajikan di samping memberi peluang kepada para pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan.

Antara aktiviti yang dijalinkan :
1 Sesi suai kenal antara pelajar dan penghuni rumah amal.
2.Aktiviti permainan dan sukaneka bersama anak-anak Rumah Amal Raudhatul Jannah.
3.Penyampaian sumbangan dan cenderamata kepada pihak rumah amal.
4.Jamuan makan tengah hari dan sesi bergambar kenangan.
Program berakhir pada jam 4.00 petang dengan suasana penuh mesra dan harmoni.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.
Ucapan terima kasih khas ditujukan kepada para penuntut dan pensyarah Universiti of Cyberjaya atas komitmen dan semangat kesukarelawanan yang tinggi sepanjang program berlangsung.
Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan kepada YBhg. Dato’ Haji Bedolah Bin Botok, Setiausaha Agung Peyatim Malaysia , atas sokongan padu dan kehadiran beliau yang telah menyuntik semangat kepada semua peserta dan penghuni rumah amal.
Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuh hubungan antara institusi pendidikan, pertubuhan kebajikan dan masyarakat. Semoga usaha murni ini menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus menabur bakti kepada golongan yang memerlukan serta memperkukuh nilai kasih sayang dan keprihatinan dalam masyarakat.

Sabtu, 20 Disember 2025

Rot Thai Steamboat

 


Pada 19 Disember 2025, seramai 39 orang yang terdiri daripada anak-anak serta kakitangan Rumah Amal Raudhatul Jannah telah menyertai program Family Day 2025 yang diadakan di Rot Thai Steamboat, Setapak. Program ini berlangsung dalam suasana yang penuh ceria, santai dan menyeronokkan.



Tujuan utama penganjuran program ini adalah untuk mengukuhkan hubungan silaturahim antara anak-anak dan kakitangan, di samping memberi peluang kepada semua untuk berehat serta menikmati masa berkualiti bersama selepas melalui pelbagai aktiviti sepanjang tahun. Program ini juga menjadi wadah untuk memupuk semangat kekeluargaan dan kebersamaan dalam kalangan warga Rumah Amal Raudhatul Jannah.



Sepanjang majlis, para peserta menikmati hidangan steamboat yang lazat sambil berinteraksi dalam suasana mesra dan harmoni. Gelak tawa dan keceriaan jelas terpancar di wajah setiap peserta, menjadikan malam tersebut penuh dengan kenangan indah.



Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Tuan Roslan Mohd Ghazali atas tajaan dana bagi menjayakan program ini. Sumbangan dan sokongan beliau amat bermakna dalam memastikan kelancaran serta kejayaan Family Day Rumah Amal Raudhatul Jannah 2025.




Khamis, 18 Disember 2025

Pengurusan Pembinaan, Fakulti Alam Bina, UiTM Shah Alam.

 


14 Disember 2025/ Ahad

Alhamdulillah,anak-anak Rumah Amal Raudhatul Jannah / Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah pada hari ini bersama dengan para Pelajar Pengurusan Pembinaan, Fakulti Alam Bina, UiTM Shah Alam.
Terima kasih Dr Iffah Farhana Abu Talib selaku Pensyarah Pengiring di atas kesudian bersama dengan kami pada hari ini.
TAHNIAH saudari Alia Abdullah serta barisan ahlijawatankuasa Pelaksana Program juga kepada semua yang terlibat di atas segala perkongsian ilmu . Moga kita semua mendapat rahmat Dan keberkatan Dari Nya


Selasa, 9 Disember 2025

INSPIRE CAMP 2025


 Bismillah.

Seramai 14 orang anak-anak berdama 2 pengiring Rumah Amal Raudhatul Jannah dan Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah mengikuti kem Inspire Pertubuhan Ihsanku Malaysia "Kem Kepimpinan Bersama Anak Yatim dan Asnaf" dari 28 - 30 November 2025.
Moga anak-anak mendapat ilmu yang bermanfaat.

Rayuan Dana Ramadhan 2026

Rayuan Dana Ramadhan 2026 by Rumah Amal Raudhatul Jannah