Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Ahad, 29 Jun 2025

OUM Banting

 


29 Jun 2025 / Ahad.
Alhamdulillah,hujung minggu anak-anak kami di isi dengan program kesihatan bersama dengan pelajar daripada OUM Banting.

Aktiviti dimulakan dengan senamrobik seterusnya bersama membersihkan kawasan persekitaran bilik belajar anak-anak.


Sejurus kawasan bilik belajar dibersihkan,anak-anak serta kakitangan menjalani sesi pemeriksaan kesihatan pula,masing-masing teruja pabila melihat nombor dimesin timbang makin lama makin naik.
Alhamdulillah makin membesar anak-anak kami.Walaubagaimanapun ,kesihatan mereka sentiasa dipantau.
Terima kasih Saudari Noraisyah Ashira serta sahabat-sahabat.



Sabtu, 28 Jun 2025

Zakat dan Sumbangan

 





28 Jun 2025/ Sabtu/8.00 pag- 12.30 tengahari

" Zakat / Sedekah " tajuk program yang diadakan pada hari ini yang telah dianjurkan oleh  Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Shah Alam di premis kami.
Terima kasih diucapkan kepada para penuntut - penuntut yang hadir menyantuni anak-anak kami serta berkongsi rezeki.
Pelbagai aktiviti telah dirancang serta dilaksanakan.


Majlis penutup telah disempurnakan oleh Ustaz Mohd Yusra Abdullah.



Jumaat, 27 Jun 2025

Saat yang akan kami kenang


 2 bulan (24 April - 24 Jun 2025 ) akan kami kenang segala kenangan manis ini buat selamanya,Terima kasih kerana beri kami peluang dan ruang berkongsi kasih dan sayang.
Moga kalian berjaya dunia dan akhirat .
Terima kasih Qayyum,Irfan,Lola dan Ecah..Miss u all.




Sabtu, 21 Jun 2025

RAYUAN BIL TNB


 Assalammualaikum/Salam sejahtera.

Rayuan tajaan RM 20.00 bagi membiayai bil TNB , Rumah Amal Raudhatul Jannah , Olak Lempit, Banting.
𝐉𝐔𝐌𝐋𝐀𝐇 𝐁𝐈𝐋 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓 : 𝐑𝐌 𝟏,𝟒𝟔𝟔.𝟏𝟎
𝗔𝗞𝗔𝗨𝗡 : 𝗧𝗘𝗡𝗔𝗚𝗔 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 𝟮𝟭𝟬𝟬𝟰𝟯𝟵𝟮𝟰𝟵𝟬𝟬
𝗣𝗘𝗥𝗧𝗨𝗕𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗝𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗔𝗦𝗡𝗔𝗙 𝗥𝗔𝗨𝗗𝗛𝗔𝗧𝗨𝗟 𝗝𝗔𝗡𝗡𝗔𝗛
atau ke akaun rasmi kami

👉Salurkan sumbangan tuan/puan ke dalam akaun:
𝙋𝙀𝙍𝙏𝙐𝘽𝙐𝙃𝘼𝙉 𝙆𝙀𝘽𝘼𝙅𝙄𝙆𝘼𝙉 𝘼𝙎𝙉𝘼𝙁 𝙍𝘼𝙐𝘿𝙃𝘼𝙏𝙐𝙇 𝙅𝘼𝙉𝙉𝘼𝙃 seperti tertera.
Notifikasi : #Tnb

Jumaat, 20 Jun 2025

MENUJU PUNCAK

anakanda Airell datang dan memaklumkan dapat tawaran sambung belajar di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.


"Masa Depan Adalah Milik Yang Kompeten. Dapatkan Yang Baik, Dapatkan Lebih Baik, Jadilah Yang Terbaik!"

ALHAMDULILLAH
TAHNIAH ANAK-ANAK.


Terima kasih para dermawan,tanpa dana tidak mungkin kami dapat lakukan yang terbaik untuk mereka.

Terima kasih diucapkan kepada semua guru-guru, tenaga pengajar Pusat Tuisyen Sari Ilmu serta ibu-bapa/waris anak-anak yang sentiasa menyokong aktiviti kami.


Terima kasih semua krew RARJ di atas segalanya.
Teruskan kecapi kejayaan dan kejayaan.

Khamis, 19 Jun 2025

Yaasin,Tahlil & Doa (19/6/2025)

 

19 Jun 2025/Khamis
Alhamdulillah.

Usai menunaikan hajat para dermawan kami.





OUM Banting

 


19 Jun 2025 / Khamis/10.00 pagi.
Perbincangan bersama pelajar OUM Banting.

Terima kasih di atas kesudian mengadakan program bersama-sama dengan kami di Rumah Amal Raudhatul Jannah. Terima kasih berkongsi ilmu dan rezeki.



Jumaat, 13 Jun 2025

UPSI

 


12 Jun 2025/Khamis.
Aktiviti mingguan warga Rumah Amal Raudhatul Jannah , majlis bacaan Yaasin,Tahlil dan Doa arwah.
Insha Allah,selain kiriman nama-anam arwah daripada para dermawan kami,pada malam ini juga kami hadiahkan pahalanya khusus untuk Allahyarham dan allahyarhamah pelajar-pelajar #Upsi yang terkorban dalam kemalangan baru-baru ini.

Moga sebaik ganjaran pahala disampaikan kepada Allahyarham dan Allahyarhamah.

Isnin, 9 Jun 2025

RARJ bersiap sedia

 

Alhamdulillah.
Setelah beberapa siri perbincangan diadakan bersama dengan pihak GL Play,hari ini hasrat anak-anak ditunaikan.
Program pertama : Paintball.

Terima kasih #GLPlay



Team BIRU siap siaga untuk menyerang



Team MERAH siap untuk melawan

Ahad, 8 Jun 2025

Haji Ismail Yaakub

 


Jazakallah Haji Ismail dan keluarga di atas kesudian menyantuni kami setiap kali tibanya Aidiladha.Alhamdulillah, jasa dan bakti Tuan Haji sekeluarga tidak akan kami lupakan. Moga Haji sekeluarga senantiasa dalam rahmat ALLAH.



Gaya hidup sihat dan menyihatkan


 8 Jun 2025/Ahad

Lihat anak-anak putera dan krew main bola pula

QURBAN 1446H/2025

 



7 Jun 2025/Sabtu
Alhamdulillah.
3 ekor lembu telah ditumbangkan di Rumah Amal Raudhatul Jannah pada Aidiladha kali ini.
Penyertaan daripada para dermawan sekelian serta dari anak-anak kami.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada peserta Qurban kali ini. Terima kasih juga kepada anak-anak bekas jagaan kami yang berkampung seawal pagi bagi membantu urusan.Terima kasih juga buat seluruh warga kerja dan penghuni serta jiran tetangga. Tidak ketinggalan kepada Encik Gagak Kayangan yang saban tahun tidak mengecewakan dalam membekal lembu Qurban.
Moga segala amalan kita semua diberkati Allah.









Jumaat, 6 Jun 2025

Riadah petang

 




6 Jun 2025 | Jumaat

Riadah petang anak-anak hari ini. 





Rasulullah SAW bersabda, “Aku dan orang yang menanggung anak yatim (kedudukannya) di syurga seperti ini”, kemudian beliau SAW mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengah beliau SAW, serta agak merenggangkan keduanya” [HR. Bukhari, Shahih Bukhari, Sahl bin Sa’ad As-Sa’idiy: 5304].




Aidiladha


 “Salam Aidiladha. Semoga setiap pengorbanan kita diterima Allah dan membawa keberkatan yang berpanjangan dalam hidup kita.”

TERIMA KASIH DI ATAS SEGALA PENGORBANAN YANG TUAN/PUAN BERIKAN KEPADA KAMI KHUSUSNYA UNTUK ANAK-ANAK JAGAAN KAMI.

Khamis, 5 Jun 2025

Kegembiraan dirasai




 5 Jun 2025/Khamis Hari yang dinantikan kini telah tiba.Awal-awal pagi anak-anak teruja untuk ke destinasi yang telah ditetapkan.
Masa cuti dimanfaatkan sebaiknya.
Segalanya tidak mungkin dicapai andai tidak mendapat sokongan dan sumbangan daripada para dermawan sekelian.

Terima kasih kami ucapkan kepada pihak Labuan Reinsurance kerana telah memberikan sinar kegembiraan kepada anak-anak kami pada hari ini.

Suatu ilmu baharu bagi anak-anak.Pengalaman yang amat berharga.
Terima kasih berkongsi rezeki serta kasih dan sayang dengan kami.

Moga kalian semua sentiasa dalam rahmat Allah.

Rabu, 4 Jun 2025

Taklimat KESELAMATAN

 


4 Jun 2025,Rabu, cuti sekolah anak-anak dimanfaatkan sebaik mungkin dengan pelbagai pengisian program. Hari ini RARJ dengan kerjasama pihak ELSA ENERGY SDN BHD telah mengadakan program bersama. Selain beramah mesra dengan warga kerja ELSA ENERGY SDN BHD,anak-anak turut didedahkan dengan ilmu-ilmu keselamatan dan IT.
Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada pihak pengurusan ELSA ENERGY SDN BHD di atas segala perkongsian pada pagi ini.


Puan Devi

 


4 Jun 2025/Rabu
Terima kasih Puan DEVI di atas tajaan sarapan pagi untuk kami di Rumah Amal Raudhatul Jannah .
Moga segala hajat Puan sekeluarga dimakbulkan serta dipermudahkan segala urusan.

Bola Sepak....

 


Cuti sekolah anak-anak minggu ni diisi dengan aktiviti-aktiviti yang menyihatkan. Riadah bersama menjadi keutamaan agar anak lebih cergas dan sihat .
Bermain bola sememangnya aktiviti sukan yang digemari ,petang 3 Jun 2025 ( Selasa ), bawa anak-anak ke Padang Awam Kampung Olak Lempit.


Yaasin,Tahlil dan Doa Khusus

 



Bacaan Yaasin dan Tahlil khusus untuk Allahyarhamah Khairul Baroyah Sajadi .
Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beramal soleh,Insha Allah.


Go Kuala Langat Sepang

  Ahad / 3 Ogos 2025 LATIHAN PUSAT BERSAMA RAKAN-RAKAN PENGENDALI RUMAH KEBAJIKAN ANAK YATIM KUALA LANGAT DAN SEPANG MENJELANG KEJOHANAN SUK...