Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Isnin, 27 Mei 2024

SPM 2023

 


27 Mei 2024 / Isnin

Keputusan SPM telah diumumkan.

Tahniah anakanda Hidayah.

Walau apa pun juga keputusan yang diterima,kami percaya dan yakin anda telah berusaha sebaik mungkin dan kami percaya juga akan kemampuan anda.

Alhamdulillah,anda telah membuktikannya.

Jangan putus asa,kerana keputusan ini lebih baik daripada keputusan percubaan tempoh hari.

Pengorbanan anda di saat akhir kini membuahkan hasil.

Terima kasih semua krew.

Terima kasih Cikgu Izan, (Pusat Tuisyen Sari Ilmu)

Terima kasih juga khas buat para dermawan.Kerana setiap dana yang dihulurkan disalurkan ke bidang pendidikan.

#tumpanggembira

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Yaasin,Tahlil & Doa (19/6/2025)

  19 Jun 2025/Khamis Alhamdulillah. Usai menunaikan hajat para dermawan kami.