Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.

Rarj Official 2024 by Rumah Amal Raudhatul Jannah on Scribd

Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Isnin, 14 Ogos 2023

SEMARAK MERDEKA 2023

 

Alhamdulillah.
Pagi ini wakil kami, Encik Jefry bersama dengan sebahagian penghuni menghadiri Majlis SEMARAK KEMERDEKAAN, SERAHAN SUMBANGAN DANA & PENYERAHAN JERSI KONTINGEN ANAK YATIM SELANGOR KE SUKAN ANAK YATIM (SUKYA) yang telah diadakan di Yayasan Anak Yatim Wardhatul Jannah, Petaling Jaya yang telah dianjurkan oleh Yayasan Islam Darul Ehsan.
Majlis penyerahan jalur gemilang telah disampaikan oleh Pendakwah selebriti Don Daniyal Don Biyajid,Ikon Mahabbah Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) kepada Ketua Penghuni RARJ,Muhd,Airell Mukriz Norhashim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Menjunjung Kasih

 Bismillah. Menjunjung Kasih Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor yang tel...