Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Sabtu, 16 Oktober 2021

Menjunjung Kasih Tuanku


Alhamdulillah,tanggal 14 Oktober 2021/Khamis, pihak pengurusan Rumah Amal Raudhatul Jannah telah diundang ke Istana Mestika,Shah Alam,bagi majlis  Perlancaran  Bulan Anak Yatim dan Penyerahan Replika Cek  Sumbangan Syarikat Korporat.

Di majlis ini,DYTM Tengku Amir Shah,Raja Muda Selangor,berkenan menyampaikan sumbangan yang diterima oleh Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) kepada rumah-rumah anak yatim/kebajikan yang berdaftar termasuk Rumah Amal Raudhatul Jannah. 


Menjunjung kasih Tuanku.Terima kasih juga diucapkan kepada badan-badan korporat yang telah menghulurkan sumbangan ,sedikit sebanyak sumbangan ini dapat menampung perbelanjaan harian rumah-rumah anak yatim/kebajikan terutama pada masa ini.

Bacaan doa

Bersama DYTM Tuanku, Pengerusi MAIS dan penerima sumbangan




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Yaasin,Tahlil & Doa (19/6/2025)

  19 Jun 2025/Khamis Alhamdulillah. Usai menunaikan hajat para dermawan kami.