Mengenai Kami
Rarj Official by Rumah Amal Raudhatul Jannah on Scribd
Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).Rabu, 24 November 2021
Sabtu, 13 November 2021
Insha ALLAH....
Isnin, 8 November 2021
Pendaftaran Pusat Jagaan
Encik Isa sedang diberi taklimat oleh Pengurus RARJ. |
Bagi memastikan Pusat Jagaan beroperasi secara sah disisi undang-undang,setiap Pusat Jagaan dikehendaki berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ia termaktub di dalam syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat mengenai Pusat jagaan.
Penyediaan dokumen yang lengkap perlu disediakan sebaiknya selaian mendapat sokongan penuh daripada 3 agensi seperti Pihak Berkuasa Tempatan,Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Pejabat Kesihatan Daerah.
Alhamdulillah,Rumah Amal Raudhatul Jannah,telah mendapat sokongan daripada 3 agensi berkenaan bagi proses pembaharuan perakuan pusat jagaan .
Senarai semak dokumen yang perlu disediakan |
Dan pada 8 November 2021.dokumen-dokumen yang lengkap telah diserahkan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Langat dan diterima oleh Encik Mohd Isa Abdullah,Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat.
Jom Masak
Kerja akhir sebelum dihidangkan |
Siap sedia untuk dinikmati |
Selasa, 19 Oktober 2021
KIT UJIAN KENDIRI
Sabtu, 16 Oktober 2021
Menjunjung Kasih Tuanku
Alhamdulillah,tanggal 14 Oktober 2021/Khamis, pihak pengurusan Rumah Amal Raudhatul Jannah telah diundang ke Istana Mestika,Shah Alam,bagi majlis Perlancaran Bulan Anak Yatim dan Penyerahan Replika Cek Sumbangan Syarikat Korporat.
Di majlis ini,DYTM Tengku Amir Shah,Raja Muda Selangor,berkenan menyampaikan sumbangan yang diterima oleh Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) kepada rumah-rumah anak yatim/kebajikan yang berdaftar termasuk Rumah Amal Raudhatul Jannah.
Menjunjung kasih Tuanku.Terima kasih juga diucapkan kepada badan-badan korporat yang telah menghulurkan sumbangan ,sedikit sebanyak sumbangan ini dapat menampung perbelanjaan harian rumah-rumah anak yatim/kebajikan terutama pada masa ini.
Bacaan doa |
Bersama DYTM Tuanku, Pengerusi MAIS dan penerima sumbangan |
Ahad, 10 Oktober 2021
Makan apa hari ini
Penyediaan ikan untuk dibakar |
Tahniah anak-anak RARJ.
"Ini bahagian saya,jangan ambil ye" |
"Mujur kawan-kawan lain tak nampak,Bismillah..." |
"Udang bakar nama diberi.." |
Menu telah dihidang,apa lagi,kita makan dulu. |
Sabtu, 9 Oktober 2021
Semoga ALLAH makbulkan hajat
Alhamdulillah,bacaan Yaasin dan Doa khusus untuk Encik Awang @ Jusoh bin Kechik dan Puan Wan Minah binti Wan Mat telah diadakan secara Google Meet yang dipimpin oleh Guru Agama Rumah Amal Raudhatul Jannah, Ustaz Hafizuddin Bin Norzaman.
Kami mendoakan agar ALLAH swt memberikan kesihatan dan perlindungan yang terbaik buat kedua-duanya.
Anak-anak RARJ membaca Yaasin dan Doa |
Alhamdulillah juga,rezeki anak-anak pada malam ini pabila mendapat tajaan makan malam yang telah ditaja oleh Puan Mizah dan para dermawan sekelian.Terima kasih semua.
Sambal Tumis Udang Petai |
Berselera |
Kari Ayam |
Khamis, 7 Oktober 2021
Bacaan Yaasin,Tahli dan Doa
Alhamdulillah.
Info
Alhamdulillah,kemaskini bilangan penghuni dan kakitangan Rumah Amal Raudhatul Jannah yang telah menerima suntikan vaksin sehingga 6 Oktober 2021.
Minum petang
Alhamdulillah,selepas solat Asar berjemaah,tiba giliran untuk anak-anak menikmati minum petang pula.
Menu petang ini istimewa sedikit,laksa.Permintaan anak-anak,kami tunaikan.
Terima kasih para dermawan sekelian,sumbangan yang dihulurkan dimanfaatkan sebaik mungkin ,semoga para dermawan sekelian sentiasa dirahmati ALLAH.
Selasa, 28 September 2021
Ribut
Assalammualaikum wbkt | Salam Sejahtera.
Sejumlah RM4115.00 dana baik pulih kerosakan di premis Rumah Amal Raudhatul Jannah diperlukan segera.
Dana-dana ini akan digunakan untuk membaiki peralatan yang rosak akibat ribut yang melanda pada 26 September 2021 (Ahad).
👉Salurkan sumbangan tuan/puan ke dalam akaun:
Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah
akaun MAYBANK 564687108450.
Notifikasi : #ribut
Semoga dengan sumbangan ini kerja-kerja baik pulih dapat dilakukan segera dan kami mendoakan agar ALLAH mengurniakan sebaik ganjaran kepada para dermawan sekelian.Insha ALLAH.
Jumaat, 21 Mei 2021
AKTIVITI JAN MAY 2021
Selasa, 18 Mei 2021
Alhamdulillah.
Syukur ke hadrat ALLAH swt.
Dari tahun 2015 hinggalah kini,pembaharuan demi pembaharuan telah kami laksanakan demi untuk keselesaan para penghuni dan yang paling utama adalah setiap sen dibelanjakan demi untuk anak-anak.Amanah yang dipikul oleh kami warga kerja adalah amat berat namun kami sedaya upaya memikul segala tanggungjawab ini sebaiknya.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para dermawan sekelian samada yang pernah bersua dengan kami mahupun yang tidak,jasa serta sumbangan anda semua hanya ALLAH swt sahaja yang dapat membalasnya.
Kami berharap agar para dermawan terus menghulurkan sumbangan kepada kami.Banyak lagi yang perlu kami lakukan.Sahsiah serta kejayaan penghuni dalam pelbagai aspek menjadi keutamaan kami.Tanpa sokongan anda,kami TIDAK mungkin mampu merealisasikan segala impian anak-anak serta memberikan perkhidmatan yang terbaik.
Isnin, 15 Mac 2021
Lawatan YB Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat
Tanggal 14 Mac 2021 merupakan tarikh yang bersejarah dan amat bermakna kepada kami warga Pusat Jagaan Rumah Amal Raudhatul Jannah apabila YB Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat,Datuk Seri Rina Binti Mohd Harun sudi melawat seterusnya menyampaikan sumbangan tunai berjumlah RM2000.00 kepada kami untuk pengurusan dan pentadbiran.
YB Menteri juga diiringi bersama Tuan Mohd Nasri Mohd Nordin,General Manager Ronald McDonald House Charities,Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat serta beberapa pegawai.
Dalam lawatan hampir 1 jam ini, YB Menteri diberi penerangan oleh Pengurus Besar Rumah Amal Raudhatul Jannah mengenai bilangan penghuni serta operasi RARJ. YB Menteri juga menyantuni anak-anak yang berada di dalam pusat ini serta menyampaikan sumbangan duit raya berjumlah RM20.00 setiap seorang.
Mewakili warga Pusat Jagaan Rumah Amal Raudhatul Jannah,jutaan terima kasih diucapkan kepada YB Menteri di atas kesudian melapangkan masa menyantuni kami di sini.Sesungguhnya kehadiran YB Menteri memberikan sedikit sinar kegembiraan kepada anak-anak di sini.
Isnin, 15 Februari 2021
Anak-anak RARJ 2021
Assalammualaikum.
Bantulah kami dengan menghulurkan sumbangan.Tanpa sokongan dan sumbangan ikhlas daripada para dermawan sekelian,segala perancangan yang di atur tidak akan dapat direalisasikan.
Salurkan sumbangan tunai ke dalam akaun :
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH,
Maybank 564687108450.
Terima kasih.
#seeekahtakmembuatmumiskin
Cecair Pembasmi Kuman & Vitamin C
𝐴𝑠𝑠𝑎𝑙𝑎𝑚𝑚𝑢𝑎𝑙𝑎𝑖𝑘𝑢𝑚/𝑆𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑆𝑒𝑗𝑎ℎ𝑡𝑒𝑟𝑎.
🤲Kami amat mengharapkan sumbangan tunai daripada para dermawan sekelian bagi membeli barangan seperti:
1)Vitamin C
2)Cecair Pembasmi Kuman
🤲RAYUAN DANA RM10.00
👉Salurkan sumbangan tuan/puan ke dalam akaun:
𝙋𝙀𝙍𝙏𝙐𝘽𝙐𝙃𝘼𝙉 𝙆𝙀𝘽𝘼𝙅𝙄𝙆𝘼𝙉 𝘼𝙎𝙉𝘼𝙁 𝙍𝘼𝙐𝘿𝙃𝘼𝙏𝙐𝙇 𝙅𝘼𝙉𝙉𝘼𝙃
🏧 akaun 𝗠𝗔𝗬𝗕𝗔𝗡𝗞 𝟱𝟲𝟰𝟲𝟴𝟳𝟭𝟬𝟴𝟰𝟱𝟬
🏧 akaun 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠 𝟭𝟮𝟬𝟳𝟰𝟬𝟭𝟬𝟬𝟲𝟲𝟰𝟰𝟰
🏧 akaun 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝟭𝟭𝟬𝟭𝟴𝟭𝟬𝟬𝟮𝟵𝟰𝟭
Notifikasi : kesihatan
#sedekahtakmembuatmumiskin
Sabtu, 9 Januari 2021
Cre-Yeay-Tive (Jan 2021)
Program "Cre-Yeay-Tive" yang diilhamkan oleh Teacher Ann dan Sir Hafizal telah mula dilaksanakan bermula hari ini.
33 orang penghuni terlibat dalam kelas/program pada hari ini.
emerkasaan Tadbir Urus dan Integriti Rumah-Rumah Anak Yatim Selangor
Pada 15 Oktober 2024 ( Selasa ) bertempat di Dewan Serbaguna ,Pustaka Raja Tun Uda, program Awareness Pemerkasaan Tadbir Urus dan Integri...
-
Alhamdulillah. Secara rasminya kami, Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah yang mengelola dan mengurus tadbir Rumah Amal Raudhatu...
-
Assalammmualaikum/Salam sejahtera. Rumah Amal Raudhatul Jannah,Olak Lempit,Banting,Selangor,kini sedang berusaha untuk mencari dana bagi...
-
20 Mei 2018 / 5 Ramadhan 1439H memberikan satu kenangan manis buat kami di Rumah Amal Raudhatul Jannah apabila penuntut dari UiTM Shah Alam...