Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.

Rarj Official 2024 by Rumah Amal Raudhatul Jannah on Scribd

Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Rabu, 28 Ogos 2019

DANA BAIK PULIH BILIK BELAJAR DIPERLUKAN

Assalammualaikum / Salam Sejahtera.
Kami sedang berusaha menaik taraf bilik belajar/perpustakaan/Pusat sumber Rumah Amal Raudhatul Jannah demi keselesaan dan kesempurnaan anak-anak mengulangkaji pelajaran disamping kelas pengajian Quran yang diadakan setiap hari.
Sehubungan dengan itu,kami memohon tajaan/sumbangan daripada tuan/puan bagi membiayai kos pemasangan permaidani dan wallpaper di dalam bilik ini.
Kos dianggarkan RM 4000.00
SEHINGGA 27 OGOS 2019 JAM 5.00 PETANG,DANA TERKUMPUL ADALAH SEBANYAK RM 2200.00
Kami membuka peluang dan ruang kepada para dermawan sekelian untuk menaja kerja-kerja ini .
Jom menyumbang serendah RM20,RM50 ATAU seikhlas hati para dermawan sekelian.
Segala sumbangan boleh dibuat ke dalam akaun PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH,akaun Maybank 5646 8710 8450.
Pertanyaan dan info lanjut,boleh hubungi saya di talian tertera:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Menjunjung Kasih

 Bismillah. Menjunjung Kasih Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor yang tel...