Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.

Rarj Official by Rumah Amal Raudhatul Jannah on Scribd

Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Selasa, 13 November 2018

BANTU KAMI,TOLONG KAMI....



Assalammualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para dermawan sekelian.
Gambar di atas memaparkan kasut dan kawasan jemuran di Asrama Puteri Rumah Amal Raudhatul Jannah ketika hujan turun. Kasut dan pakaian penghuni basah akibat terkena air hujan.Ini kerana kawasan tersebut merupakan kawasan lapang dan tidak berbumbung. Ianya sedikit sebanyak menjejaskan aktiviti anak-anak terutama waktu persekolahan dimana kasut yang diletakkan basah dan baju yang dijemur juga basah.
Sehubungan dengan itu,kami di Rumah Amal Raudhatul Jannah sedang dalam usaha mengumpulkan dana berjumlah RM 14,000.00 (Ringgit Malaysia : Empat Belas Ribu Sahaja)  ATAU RM50.00  satu bahagian . Ianya bagi menjalankan kerja-kerja seperti berikut:

  1. Memasang awning
  2. Membina laluan konkrit dikaki lima tepi asrama 
Sumbangan/tajaan Tuan/Puan para dermawan amat kami harapkan.

SALURKAN SUMBANGAN KE DALAM AKAUN :

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH
AKAUN MAYBANK :5646 8710 8450

Semoga ALLAH memberkati para dermawan sekelian.Insha ALLAH

Sabtu, 10 November 2018

SMKTD59 MENYANTUNI ANAK RAUDHATUL JANNAH (10/11/2018)



Alhamdulillah.

Terima kasih diucapkan kepada warga Alumni SMK batch 59 di atas kunjungan serta menyantuni anak-anak Raudhatul Jannah pada hari ini.Semoga Allah memberkati kalian semua.Terims kasih daun keladi..

Rabu, 7 November 2018

RAYUAN SUMBANGAN BACK 2 SCHOOL 2019

Sesi persekolahan 2018 akan melabuhkan tirainya...
Maka bermulalah sesi 2019..
RM 50.00 TAJAAN ANDA,MAMPU MENCERIAKAN HARI MEREKA.

Sumbangan/tajaan Tuan/Puan adalah amat kami harapkan. Kini kami sedang mengumpulkan dana bagi membeli pakaian sekolah,alat tulis dan dana persekolahan bagi anak-anak di Rumah Amal Raudhatul Jannah.
Ayuh rakan-rakan,bantulah kami . Kami amat memerlukan sumbangan Tuan/Puan. Sejumlah RM 25-30 ribu diperlukan bagi tujuan tersebut.

Mereka juga inginkan yang baharu....Mereka juga mempunyai keinginan..

Salurkan sumbangan /tajaan anda ke akaunPertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannahakaun Maybank 564687108450,atau sekiranya anda mempunyai persoalan,hubungi saya di talian 010-2318581/017-3128581.

*POHON WHATSAPP SLIP TRANSAKSI,AGAR KAMI DAPAT ASINGKAN DANA KHAS IN

Ahad, 4 November 2018

UniSel 2018 (4/11/2018)


Manusia yang paling dicintai oleh  Allah adalah manusia yang paling banyak bermanfaat dan berguna bagi manusia  yang lain; sedangkan perbuatan yang paling dicintai Allah adalah memberikan  kegembiraan kepada orang lain atau menghapuskan kesusahan orang lain, atau  melunasi hutang orang yang tidak mampu untuk membayarnya, atau memberi makan  kepada mereka yang sedang kelaparan dan jika seseorang itu berjalan untuk  menolong orang yang sedang kesusahan itu lebih aku sukai daripada beri’tikaf di  masjidku ini selama satu bulan ” ( Hadits riwayat Thabrani ). 

Alhamdulillah,4 November 2018 merupakan satu tarikh yang amat bermakna kepada kami di Rumah Amal Raudhatul Jannah. Terima kasih diucapkan kepada 11 orang penuntut UniSel yang telah berjaya mengadakan program bersama anak-anak di sini. Terima kasih juga kami ucapkan kepada 
Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Langat,Puan Maimunah Binti Mustafa di atas kesudian hadir dan turut menyampaikan hadiah kepada anak-anak kami di sini.

Sabtu, 3 November 2018

ALLIED HEALTH 4 NEGLECTED & ABANDONED KIDS 2018





Setiap ibu/bapa inginkan yang terbaik untuk anak mereka.Begitu juga dengan kami di Rumah Amal Raudhatul Jannah,kami inginkan yang terbaik untuk anak-anak jagaan kami dari pelbagai sudut termasuk kesihatan.
3 November 2018,dengan usahasama hampir 25 orang sukarelawan-sukarelawan yang terdiri daripada para Doktor dan pegawai perubatan,satu aktiviti pemeriksaan kesihatan untuk penghuni Rumah Amal Raudhatul Jannah telah diadakan.
Turut hadir,Pengerusi Bersama Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah,Dato (Dr) Haji Azmil Farid Zabir serta Timbalan Pengerusi,Encik Hamid Mohamad @ Asanar.
Alhamdulillah,dari sini kami dapat tahu tahap kesihatan anak-anak kami.Yang perlu dirujuk ke pihak Hospital,Insha Allah kami akan lakukan.

Terima kasih semua di atas penganjuran program yang amat bermakna ini.Kami amat mengalu-alukan program sebegini ditahun mendatang..
Jazakallah..

emerkasaan Tadbir Urus dan Integriti Rumah-Rumah Anak Yatim Selangor

  Pada 15 Oktober 2024 ( Selasa ) bertempat di Dewan Serbaguna ,Pustaka Raja Tun Uda, program Awareness Pemerkasaan Tadbir Urus dan  Integri...