Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Ahad, 9 Ogos 2026

MEMENUHI UNDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN


 

9 Ogos 2026 | Ahad

Alhamdulillah, warga Rumah Amal Raudhatul Jannah (RARJ) berkesempatan memenuhi undangan ke Majlis Perkahwinan:


💐 SELAMAT PENGANTIN BARU 💐


MUHAMMAD ALIF SYAFIQ BIN MUSTAPA

❤️

CHE NORLIDA BINTI CHE HASSAN


Terima kasih kepada pihak keluarga atas undangan serta layanan yang cukup baik kepada anak-anak dan warga RARJ. Suasana majlis yang meriah serta sambutan mesra daripada pihak keluarga amat kami hargai.


Kehadiran anak-anak RARJ turut memberi peluang kepada mereka merasai kemeriahan majlis, mengeratkan silaturahim serta berkongsi kegembiraan bersama pasangan pengantin dan keluarga.


Semoga Allah SWT memberkati ikatan pernikahan ini, melimpahkan rahmat, kasih sayang, kebahagiaan dan rezeki yang luas serta mengurniakan rumah tangga yang Sakinah, Mawaddah wa Rahmah hingga ke syurga. 🤲🏻


بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير


“Semoga Allah memberkati kalian berdua, melimpahkan keberkatan ke atas kalian dan menghimpunkan kalian berdua dalam kebaikan.”


Terima kasih atas undangan.

Semoga hubungan silaturahim yang terjalin terus berkekalan dan diberkati Allah SWT.


Daripada:

Warga Rumah Amal Raudhatul Jannah (RARJ)


#RumahAmalRaudhatulJannah #RARJ #TerimaKasihAtasUndangan #SelamatPengantinBaru #WalimatulUrus #Silaturahim #SakinahMawaddahWarahmah

Rabu, 29 Julai 2026

Salam Takziah Kepada Ustaz Hafizuddin Nor Zaman Atas Pemergian Anak Tercinta




 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Dengan penuh rasa dukacita dan kesedihan, Rumah Amal Raudhatul Jannah merakamkan ucapan Salam Takziah kepada USTAZ HAFIZUDDIN NOR ZAMAN dan seluruh ahli keluarga atas pemergian anak tercinta ke rahmatullah pada:

Tarikh : 29 Julai 2026 / Rabu,
Kami di Rumah Amal Raudhatul Jannah turut bersedih di atas ujian besar yang menimpa keluarga Ustaz. Kehilangan orang tersayang sememangnya satu ujian yang amat berat.Namun kami yakin, setiap yang berlaku adalah dengan izin dan ketentuan Allah SWT. Moga Allah mengurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran yang tinggi kepada Ustaz dan isteri dalam menghadapi saat sukar ini.

Semoga anak syurga ini ditempatkan di dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Semoga dia menjadi asbab pahala, syafaat dan penantian yang indah buat kedua ibu bapa di pintu syurga kelak.

اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ فَرَطًا لِوَالِدَيْهِ وَسَلَفًا وَذُخْرًا

"Ya Allah, jadikanlah anak ini sebagai pendahulu bagi kedua ibu bapanya, sebagai simpanan dan ganjaran buat mereka di akhirat."

Al-FatihahMarilah kita hadiahkan Al-Fatihah buat arwah:

Pihak Pengurusan, Kakitangan dan Penghuni Rumah Amal Raudhatul Jannah mendoakan agar keluarga Ustaz diberi ketenangan dan dipermudahkan segala urusan. 

Kami bersama Ustaz di dalam doa.

"Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar" 

- Surah Al-Baqarah : 155

IKHLAS DARIPADA

PENGURUSAN, KAKITANGAN & PENGHUNI

RUMAH AMAL RAUDHATUL JANNAH

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH
#SalamTakziah #Innalillah #RumahAmalRaudhatulJannah #AnakSyurga

Khamis, 2 Julai 2026

JKM Turun Padang tengok anak-anak RARJ

 


Lawatan, Pemeriksaan & Penaziran Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Langat ke Rumah Amal Raudhatul Jannah (RARJ)
Alhamdulillah, pada 2 Julai 2026 (Khamis), Rumah Amal Raudhatul Jannah (RARJ) telah menerima lawatan, pemeriksaan dan penaziran daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Langat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kami ucapkan kepada Puan Nurafzan dan Puan Nur Atiqah, Pegawai PKD Kuala Langat, atas kesudian hadir, memberi bimbingan, teguran yang membina serta pandangan yang amat berguna dalam usaha kami memperkukuhkan pengurusan pusat jagaan.


Setiap teguran dan cadangan yang diberikan akan dijadikan panduan untuk penambahbaikan berterusan demi memastikan kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan penghuni sentiasa berada pada tahap yang terbaik.

Semoga hubungan kerjasama yang baik antara Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Langat dan Rumah Amal Raudhatul Jannah akan terus diperkukuhkan pada masa akan datang.
Terima kasih, Puan Nurafzan dan Puan Nur Atiqah.

Semoga Allah SWT memberkati segala usaha dan urusan kita semua.

Selasa, 30 Jun 2026

Pemeriksaan Keselamatan & Kesihatan Bersepadu 2026

Pemeriksaan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Pejabat Kesihatan di pusat jagaan (seperti taska, tadika, atau pusat jagaan warga emas) adalah syarat wajib bagi mematuhi Peraturan-peraturan Pusat Jagaan 1994 di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ia bertujuan melindungi keselamatan dan nyawa penghuni yang berisiko tinggi

Berikut adalah fokus utama pemeriksaan tersebut:
1. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)
  • Keselamatan Kebakaran: Memastikan premis mematuhi piawaian Perintah Tetap Ketua Pengarah Bilangan 4 Tahun 2022 untuk mengelakkan risiko nyawa dan kemusnahan harta benda. 
  • Laluan & Peralatan Kecemasan: Memastikan pintu keluar tidak berkunci atau terhalang serta alat pemadam api berfungsi.
  • Sistem Pencegah Kebakaran: Menguji alat penggera kebakaran, loceng, dan sistem pancur air (jika berkaitan) agar berfungsi dengan baik semasa kecemasan. 



2. Pejabat Kesihatan (KKM)



  • Kawalan Penyakit Berjangkit: Memastikan penghuni (terutamanya kanak-kanak dan warga emas) bebas daripada sebarang penyakit berjangkit.
  • Piawaian Makanan & Dapur: Memeriksa kebersihan ruang penyediaan makanan, penyimpanan bahan mentah, dan jadual pemakanan bagi memastikan ia seimbang dan selamat.
  • Persekitaran Premis: Menilai tahap kebersihan tandas, sistem pengudaraan, dan pencegahan pembiakan nyamuk aedes. 

    Alhamdulillah,pada 22 dan 23 Jun 2026,kedua agensi berkenaan telah melakukan pemeriksaan menyeluruh di premis kami. 
    Terima kasih diucapkan di atas kerjasama dan teguran.

Khamis, 11 Jun 2026

𝗗𝗨𝗟𝗨 𝗗𝗜𝗔 𝗧𝗨𝗠𝗣𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗥𝗔𝗥𝗝. 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗡𝗜 𝗗𝗜𝗔 𝗕𝗔𝗪𝗔 𝗡𝗔𝗠𝗔 𝗥𝗔𝗥𝗝 𝗞𝗘 𝗣𝗨𝗡𝗖𝗔𝗞 🎓

 

11 Jun 2026/Khamis.
Ini Haikal. Anak jagaan RARJ yang kami jaga dari kecil dulu.
Dulu dia bangun subuh kami kejut. Dulu dia tumpang makan, tumpang tidur, tumpang doa warden & dermawan RARJ.
Hari ni Allah hadiahkan dia keputusan ini.

Air mata ni jatuh tengok slip ni. Penat kami marah dia dulu, penat kami doakan dia... Allah bayar tunai depan mata.
Haikal, terima kasih sebab buktikan anak yatim RARJ boleh cemerlang. Terima kasih sebab angkat nama RARJ tinggi-tinggi.
Tuan/Puan yang pernah sedekah RM10, RM50 ke RARJ dulu... ni hasil dia. Ni anak yang Tuan/Puan jaga sama-sama.
Doakan Haikal sambung Diploma nanti. Doakan dia jadi engineer yang bermanfaat untuk umat.
"Barangsiapa mengasuh anak yatim... maka aku dan dia seperti ini di syurga" - Nabi tunjuk jari tengah & telunjuk rapat.
Ya Allah, rapatkanlah kami dengan Nabi di syurga nanti. Aamiin 🤲

Jumaat, 29 Mei 2026

Aidiladha 2026

 

Alhamdulillah, Program Qurban RARJ 1447H / 2026M telah selesai dilaksanakan dengan jayanya pada 28 Mei 2026, Khamis bermula 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari.


Dengan kerjasama Badan Kebajikan Mutiara Putrajaya, seramai 4 ekor lembu telah disembelih terdiri daripada 3 ekor lembu korban dan 1 ekor lembu hadiah. Turut disembelih 1 ekor kambing korban.



Syukur ke hadrat Allah SWT, jamuan Sarapan Pagi dan Sup Tulang dapat dihidangkan kepada semua yang hadir hasil tajaan dana penuh daripada Pertubuhan Ihsanku Malaysia. Kehadiran dianggarkan seramai 100 orang terdiri daripada warga RARJ, jiran tetangga dan waris keluarga yang turut memeriahkan suasana.



Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Pertubuhan Ihsanku Malaysia atas kemurahan hati menaja jamuan. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada Badan Kebajikan Mutiara Putrajaya, semua penyumbang korban, sukarelawan dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.



Semoga Allah SWT menerima ibadah korban ini dan membalas setiap kebaikan tuan/puan dengan pahala berlipat ganda serta keberkatan dalam hidup.



"Jazakumullahu khairan kathira"


#QurbanRARJ2026 #IhsankuMalaysia #BKMutiaraPutrajaya #RARJ

Ahad, 24 Mei 2026

Tragedi 24 Mei 2026

 

Di sondol.
Alhamdulillah.
Semua selamat dan tiada apa-apa berlaku.
Kepada Tuan yang langgar, mengantuk park dulu ye..
Baru balik kerja.Faham.
Traffic light kami dah berhenti lama.
Kami bawa nyawa.

MEMENUHI UNDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN

  9 Ogos 2026 | Ahad Alhamdulillah, warga Rumah Amal Raudhatul Jannah (RARJ) berkesempatan memenuhi undangan ke Majlis Perkahwinan: 💐 SELAM...