Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.

Rarj Official 2025 (1) by Rumah Amal Raudhatul Jannah on Scribd

Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Selasa, 28 Januari 2025

Dalam Ingatan Kami



Bismillah.
Setiap pertemuan sudah pasti ada perpisahan. Inilah lumrah kehidupan yang perlu kita tempuh dan hadapinya.
Tanggal 26 Januari 2025 ( Ahad ), seramai 5 orang anak-anak jagaan kami terpaksa meninggalkan kami berikutan TAMAT SPM 2024 dan ada yang berpindah mengikut keluarga.
Berat rasa dihati,namun apakan daya kami hanya pemegang amanah dan insan yang dipertanggungjawabkan untuk membantu membesar dan mendidik anak-anak syurga ini.
Terlalu BANYAK kenangan yang telah dikecapi bersama sepanjang tempoh berkenaan. 
Terlalu BANYAK ujian yang dihadapi sepanjang KITA bersama.


Semua itu akan menjadikan kami merindui saat-saat yang telah tercipta.

Terima kasih,kami ucapkan kepada para dermawan sekelian di atas segala bentuk sumbangan bagi membantu kami menggalas amanah ini.Terima kasih barisan guru-guru yang telah banyak membantu kami dalam aspek pendidikan.




Kepada anak-anak,moga maju jaya dalam kehidupan kalian,JANGAN lupakan kami. JANGAN lupakan insan-insan yang telah membantu kalian.

Anakanda Airell Mukhriz



Anakanda Suci Airish Hanania


Anakanda Yana


Anakanda Haikal



Anakanda Hikal (BOBOY)





Isnin, 13 Januari 2025

BACK TO SCHOOL

𝐔𝐊𝐈𝐑𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐍𝐘𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐄𝐑𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐖𝐀𝐉𝐀𝐇 𝐀𝐍𝐀𝐊-𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐈𝐍𝐈 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐋𝐄𝐍𝐆𝐊𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇𝐀𝐍. 𝐒𝐄𝐌𝐎𝐆𝐀 𝐌𝐄𝐑𝐄𝐊𝐀 𝐋𝐄𝐁𝐈𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐇 𝐊𝐄 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐔 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑.
Setiap nilai sumbangan anda, pasti akan lebih besar di akhirat sana. Semoga Allah memberkati dan merahmati setiap kebaikan yang kita lakukan.
𝚂𝚊𝚕𝚞𝚛𝚔𝚊𝚗 𝚜𝚞𝚖𝚋𝚊𝚗𝚐𝚊𝚗 𝚔𝚎 𝚊𝚔𝚊𝚞𝚗;
𝙋𝙀𝙍𝙏𝙐𝘽𝙐𝙃𝘼𝙉 𝙆𝙀𝘽𝘼𝙅𝙄𝙆𝘼𝙉 𝘼𝙎𝙉𝘼𝙁 𝙍𝘼𝙐𝘿𝙃𝘼𝙏𝙐𝙇 𝙅𝘼𝙉𝙉𝘼𝙃
𝗠𝗔𝗬𝗕𝗔𝗡𝗞 : 𝟱𝟲𝟰𝟲𝟴𝟳𝟭𝟬𝟴𝟰𝟱𝟬
𝘚𝘦𝘮𝘰𝘨𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘩𝘢𝘥𝘪𝘳𝘬𝘢𝘯 𝘪𝘯𝘴𝘢𝘯-𝘪𝘯𝘴𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘢𝘪𝘬 𝘩𝘢𝘵𝘪 𝘥𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘮𝘶𝘳𝘢𝘩 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘢𝘯𝘵𝘶 𝘬𝘢𝘮𝘪 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘢𝘺𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘮𝘱𝘦𝘯 𝘪𝘯𝘪. 𝘑𝘰𝘮 𝘣𝘢𝘯𝘵𝘶;

 

Ahad, 5 Januari 2025

FACEBOOK RASMI RARJ 2025

 Bismillah.


Adalah dimaklumkan bahawa akaun ini merupakan akaun terbaharu Rumah Amal Raudhatul Jannah .
Terima kasih di atas sokongan para dermawan sekelian.
Maaf atas segala kesulitan yang berlaku..
Adalah kami amat berbesar hati sekiranya ianya dapat diwar-warkan kepada rakan yang lain.
Insha Allah.

Briged Bakti Malaysia PUTRAJAYA

 4 Januari 2025 | Sabtu



Alhamdulillah, Rezeki tahun 2025 untuk warga Rumah Amal Raudhatul Jannah pabila mendapat tajaan 5 buah katil dan tilam berzaiz King,Queen dan Single jenama #cuckoo yang berjumlah RM22,600.00.
Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Pengerusi Briged Bakti Malaysia PUTRAJAYA, Encik Nazri.



Ramadhan Kareem

Alhamdulillah, malam malam 1 Ramadhan , seperti kelaziman aktiviti Ramadhan diteruskan. Solat Sunat Terawikh dan Witir didirikan. Anakada Ha...