Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.

Rarj Official by Rumah Amal Raudhatul Jannah on Scribd

Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Khamis, 30 Mac 2017

Sehelai baju raya,sebuah senyuman,sejuta kegirangan

Aidilfitri..bakal menjelma tidak berapa lama lagi.Sudah pasti,itu yang dinanti-nantikan oleh setiap anak-anak. Begitu juga dengan anak-anak Rumah Amal Raudhatul Jannah. Mereka juga ingin merayakannya,dengan pakaian baharu seperti mana anak-anak yang lain. Tanpa SOKONGAN para dermawan sekelian,tidak mungkin mereka dapat bergembira dipagi Syawal..
Kepada para dermawan sekelian, HULURKANLAH sumbangan/tajaan untuk anak-anak ini.
Sumbangan/Tajaan RM30.00 amat diharapkan demi untuk menggembirankan hati mereka.
Salurkan segala sumbangan tunai/pindahan wang ke dalam akaun PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH
Maybank : 5646 8710 8450
sebarang pertanyaan,boleh hubungi ,Hj. Zawal
* POHON WHATSAPP SLIP TRANSAKSI TUAN/PUAN,AGAR KAMI DAPAT MENGASINGKAN DANA INI *
ATAU hadir sendiri ke Rumah Amal Raudhatul Jannah,di lot 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor ( belakang SHELL dan OLE FUTSAL

Ahad, 26 Mac 2017

Sahabat Selamanya





Mewakili Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah serta pihak pengurusan Rumah Amal Raudhatul Jannah,jutaan terima kasih diucapkan kepada para penuntut Cyberjaya University College of Medical Sciences di atas kunjungan dan aktiviti yang telah diadakan bersama penghuni Rumah Amal Raudhatul Jannah pada 26 Mac 2017.Semoga apa yang dihajati dimakbulkan Allah.



Terima kasih :

1) Mohd Syahmi Ridwan

2) Siti Nurul Syuhada

3) Muhammad Faizul

4) Sharifah Aziemah

5) Nurhana

6) Wan Siti Munira

7) Mirah Ainah

Ahad, 19 Mac 2017

DANA DIPERRLUKAN SEGERA

Assalammualaikum/Salam Sejahtera.
Bagi memberi keselesaan kepada penghuni di Rumah Amal Raudhatul Jannah,terutama penghuni putera,kami berhasrat untuk membesarkan ruang asrama.

DANA TERKUMPUL SEHINGGA 19 MAC 2017-JAM 4.00 PETANG : RM 2480.00.

Kos penambahan dianggarkan RM14,000.
Sehubungan dengan itu,kami merayu kepada tuan/puan para dermawan sekelian untuk menyumbang RM20.00 untuk 1 bahagian.
Sumbangan boleh disalurkan terus ke dalam akaun rasmi PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH,akaun Maybank 5646 8710 8450.
Sebarang pertanyaan,boleh hubungi :
Hj.Zawal ditalian

www.wasap.my/60102318581
www.wasap.my/60173128581

atau datang sendiri ke Rumah Amal Raudhatul Jannah di Lot 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor (belakang Shell dan Ole Futsal,Olak Lempit).

Sila whatsapp slip transaksi tuan/puan ke nombor tertera di atas bagi tujuan pengasingan dana.

Kami mendoakan,agar setiap ringgit yang tuan/puan infaq kan akan diberikan ganjaran sebaiknya dari Allah swt,Insha Allah.

Rabu, 15 Mac 2017

Kerana budi ku jatuh hati





Tanpa sokongan yang berterusan daripada Tuan/Puan para dermawan sekelian,tidak mungkin  anak-anak di sini dapat meneruskan kehidupan seperti anak-anak yang lain.Terima kasih Tuan/Puan,hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas segala budi baik Tuan/Puan

Selasa, 7 Mac 2017

Jabatan Kebajikan Masyarakat

Alhamdulilah,setelah 2 tahun beroperasi,kini Rumah Amal Raudhatul Jannah kini telah memperolehi sijil perakuan pendaftaran pusat jagaan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.( rujukan B/PJB KK 005/2017).
Dengan adanya sijil perakuan ini,sedikit sebanyak dapat memberikan semangat khususnya kami warga Raudhatul Jannah untuk menabur bakti kepada anak-anak yang kurang bernasib baik.


emerkasaan Tadbir Urus dan Integriti Rumah-Rumah Anak Yatim Selangor

  Pada 15 Oktober 2024 ( Selasa ) bertempat di Dewan Serbaguna ,Pustaka Raja Tun Uda, program Awareness Pemerkasaan Tadbir Urus dan  Integri...