Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Selasa, 20 Januari 2026

The Budimas Charitable Foundation

 



17 Januari 2026, Sabtu.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kami dari Rumah Amal Raudhatul Jannah (RARJ) kepada pihak The Budimas Charitable Foundation di atas tajaan barangan keperluan persekolahan untuk 22 orang anak-anak Rumah Amal Raudhatul Jannah ( RARJ) bagi tahun 2026.

Sumbangan ini amatlah bermakna dan membantu kami dalam menyediakan anak-anak dengan keperluan persekolahan yang mencukupi. Kami mendoakan agar BUDIMAS FOUNDATION terus diberkati dengan kebaikan dan kejayaan.

Semoga Allah SWT membalas jasa baik dan keprihatinan pihak BUDIMAS FOUNDATION dengan ganjaran yang berlipat ganda. Amin.

Isnin, 19 Januari 2026

Tajaan Dana Ramadhan 2026


Sempena kedatangan bulan Ramadhan yang penuh rahmat dan keberkatan, Rumah Amal Raudhatul Jannah membuka peluang kepada para dermawan untuk turut serta dalam Program Tajaan Dana Ramadhan 2026.

Sumbangan ini akan digunakan bagi menampung keperluan Iftar, Moreh dan Sahur untuk warga Rumah Amal Raudhatul Jannah sepanjang bulan Ramadhan.


Pilihan Tajaan:

  1. Tajaan 1 Hari: RM 800.00 (meliputi Iftar, Moreh dan Sahur)
  2. Tajaan Seorang: RM 20.00

Tajaan dana boleh disalurkan ke akaun rasmi berikut:

Nama Bank: BANK ISLAM

Nama Pemegang Akaun: PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH

No. Akaun: 1207 401 00 66 444



اللَّهُمَّ أَطْعِمْ مَنْ أَطْعَمَنِي، وَاسْقِ مَنْ سَقَانِي


Maksudnya:

“Ya Allah, berilah makan kepada orang yang memberi aku makan, dan berilah minum kepada orang yang memberi aku minum.”

(Hadis Riwayat Muslim)


Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan diberkati oleh Allah SWT.

RAYUAN TAJAAN DANA PEMBAYARAN BIL TNB


 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah dengan rendah hati memohon sumbangan ikhlas daripada orang ramai bagi membantu menampung pembayaran bil elektrik (TNB) rumah amal kami.
Butiran Bil TNB:
No. Akaun: 210043924900
Nama Akaun: Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah
Jumlah Bil: RM 786.30
Rumah Amal Raudhatul Jannah menempatkan anak-anak yatim, asnaf dan golongan memerlukan. Penggunaan elektrik amat penting bagi memastikan keselesaan dan keselamatan penghuni, terutamanya bagi keperluan harian seperti pencahayaan, kipas, peti sejuk dan kemudahan asas lain.
Sehubungan itu, kami amat mengalu-alukan sumbangan daripada individu, syarikat, atau mana-mana pihak yang prihatin untuk membantu melunaskan bil ini.
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun rasmi:
Nama Bank: Bank Islam
No. Akaun: 1207 401 00 66 444
Notifikasi : #tnb
Setiap sumbangan amat bermakna dan akan membantu memastikan operasi Rumah Amal Raudhatul Jannah dapat diteruskan dengan lancar demi kebajikan anak-anak yang dijaga.
Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan dan kemurahan hati para penyumbang dengan ganjaran yang berlipat ganda.
“Bersama Menyemai Kasih, Menyubur Ihsan.”

Sabtu, 17 Januari 2026

Aumni SMKTD 59

 



17 Januari 2025, Sabtu.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kami dari Rumah Amal Raudhatul Jannah (RARJ) kepada Tan Sri, Dato', Datin, Tuan, dan Puan, sahabat-sahabat Alumni SMK 59 yang telah menyantuni kami warga Rumah Amal Raudhatul Jannah (RARJ).

Sedar atau tidak, sudah 10 tahun hubungan ini dijalinkan, dan kami amat berbesar hati dengan keprihatinan dan sokongan tuan/puan semua. Terima kasih atas kesudian meluangkan masa untuk bersama kami.

Selamat datang juga diucapkan kepada Rumah Amal Yatim Sijangkang yang turut serta dalam majlis hari ini. Kami sangat menghargai kehadiran dan sokongan tuan/puan semua.

Kami berharap agar hubungan baik ini dapat diteruskan dan diperkukuhkan lagi pada masa akan datang. Semoga Allah SWT membalas jasa baik tuan/puan semua dengan ganjaran yang berlipat ganda. Amin.

Khamis, 8 Januari 2026

Lawatan JKM : 2026

 

8 Januari 2026/Khamis.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Zarina Sulong, Encik Khairul Hasib, dan Encik Amirul Hafiezi Hamdan dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Kuala Langat atas kunjungan hormat ke Rumah Amal Raudhatul Jannah.

Kami menghargai perhatian dan sokongan yang diberikan. Semoga kunjungan ini dapat memperkukuhkan hubungan antara kami dan membawa manfaat kepada komuniti.

Isnin, 5 Januari 2026

Sedekah Jumaat 2025

 



5 Januari 2026/Isnin.
Alhamdulillah.
Tabung sedekah Jumaat anak-anak dan kakitangan Rumah Amal Raudhatul Jannah / Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah yang dilancarkan pada awal 2025 telah dibuka. Dimana hasil kutipan ini akan dihadiahkan kepada pihak Masjid Al Khairat, Kg Olak Lempit dalam beberapa hari ini.
Alhamdulillah, RM600++ telah berjaya dikumpulkan sepanjang kempen ini dilakukan khusus untuk Wakaf pembelian tanah Masjid .
Walapun jumlah tak besar,namun ianya amat bermakna bagi kami.
Dari wang saku sekolah anak-anak dimana setiap Jumaat mereka akan masukkan RM1.00 ke dalam tabung ini.
Moga sebaik ganjaran pahala dikurniakan kepada anak-anak dan keluarga mereka.
Insha Allah.

Rayuan Dana Ramadhan 2026

Rayuan Dana Ramadhan 2026 by Rumah Amal Raudhatul Jannah