Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Selasa, 11 November 2025

Setiap Sumbangan amat bererti

 

Rayuan Dana Pengurusan Rumah Amal Raudhatul Jannah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kami dari  ingin merayu bantuan dana daripada anda semua untuk membantu menampung kos pengurusan dan operasi harian rumah amal kami. Sebagai sebuah organisasi yang menjaga dan mendidik anak-anak yatim dan asnaf, kami berusaha untuk memberikan mereka kehidupan yang selesa dan pendidikan yang berkualiti.


Keperluan Dana Digunakan bagi biayai:

- Kos makanan dan minuman untuk anak-anak yatim dan asnaf.

- Bil elektrik, air, dan utiliti lain

- Kos penyelenggaraan dan pembaikan bangunan serta kenderaan

- Aktiviti pendidikan dan pembangunan anak-anak yatim dan asnaf.


Bagaimana Anda Boleh Membantu:

- Menyumbang secara kewangan melalui akaun bank kami seperti tertera.


Setiap Sumbangan Bererti:


Setiap sumbangan yang anda berikan akan digunakan dengan sebaiknya untuk kebaikan anak-anak jagaan kami. Kami berharap anda dapat membantu kami dalam memberikan kehidupan yang lebih baik kepada mereka.


Hubungi Kami:

Sekiranya anda ingin membuat sumbangan atau ingin tahu lebih lanjut tentang program kami, sila hubungi kami di nombor 010-2318581.


Semoga Allah membalas kebaikan anda.

Jubli Emas 70

 

11 November 2025 / Selasa

Alhamdulillah.
Menerima kunjungan daripada sahabat-sahabat daripada Jubli Emas 70 pada awal pagi ini.

Jutaan terima kasih kami warga Rumah Amal Raudhatul Jannah dan Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah ucapkan kepada semua terutama kepada Tuan Omar Hayat dan rakan-rakan di atas kunjungan dan sumbangan ini.Moga sebaik ganjaran pahala dikurniakan kepada semua,Insha Allah.

Ayesha Anaqi Anuar

 

11 November 2025 / Selasa Alhamdulillah.
Usai proses penyembelihan seekor kambing Aqiqah pada pagi ini.
Moga segala hajat dermawan kami sekeluarga diangkat dan dimakbulkan Allah dan moga anak ini menjadi anak yang solehah.
Terima kasih Tuan Anuar Saliman sekeluarga. Amanah Tuan telah digalas oleh team Rumah Amal Raudhatul Jannah / Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah .

Setiap Sumbangan amat bererti

  Rayuan Dana Pengurusan Rumah Amal Raudhatul Jannah Assalamualaikum dan salam sejahtera, Kami dari  ingin merayu bantuan dana daripada anda...