Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Sabtu, 31 Mei 2025

Terima Kasih YIDE

 

31 Mei 2025/Sabtu.

Alhamdulillah.Jutaan terima kasih diucapkan kepada Encik Zubair dan seluruh kepimpinan YIDE ( Yayasan Islam Darul Ehsan - YIDE ) dan tidak lupa juga sahabat-sahabat RAY di atas keperihatinan dan sokongan kepada kami.Moga semuanya dirahmati Allah.

Jumaat, 23 Mei 2025

PEMERIKSAAN BERJADUAL : JKM KUALA LANGAT

 


22 Mei 2025 / Khamis / 3.00 pm, Pemeriksaan Berjadual Pusat Jagaan telah dilakukan oleh pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat Kuala Langat ke premis kami.

Sememangnya pihak JKM akan membuat lawatan bagi memastikan perjalanan operasi pengurusan dan pentadbiran dilakukan sebaik mungkin .





Terima kasih  Puan Nurafzan Hamid selaku Pegawai Diberi Kuasa Pusat Jagaan di atas kunjungan . Terima kasih di atas pandangan dan nasihat yang telah diberikan kepada kami.

Ulasan Pegawai Diberi Kuasa


Selasa, 20 Mei 2025

JOM SUMBANG


 Assalammualaikum/Salam sejahtera.

Rayuan tajaan RM 20.00 bagi membiayai bil TNB , Rumah Amal Raudhatul Jannah , Olak Lempit, Banting.
𝗝𝘂𝗺𝗹𝗮𝗵 𝗯𝗶𝗹 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗯𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗠𝗘𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟱 = 𝗥𝗠 𝟭,𝟮𝟲𝟱.𝟱𝟱
𝗔𝗞𝗔𝗨𝗡 : 𝗧𝗘𝗡𝗔𝗚𝗔 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 𝟮𝟭𝟬𝟬𝟰𝟯𝟵𝟮𝟰𝟵𝟬𝟬
𝗣𝗘𝗥𝗧𝗨𝗕𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗝𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗔𝗦𝗡𝗔𝗙 𝗥𝗔𝗨𝗗𝗛𝗔𝗧𝗨𝗟 𝗝𝗔𝗡𝗡𝗔𝗛
atau ke akaun rasmi kami
👉Salurkan sumbangan tuan/puan ke dalam akaun:
𝙋𝙀𝙍𝙏𝙐𝘽𝙐𝙃𝘼𝙉 𝙆𝙀𝘽𝘼𝙅𝙄𝙆𝘼𝙉 𝘼𝙎𝙉𝘼𝙁 𝙍𝘼𝙐𝘿𝙃𝘼𝙏𝙐𝙇 𝙅𝘼𝙉𝙉𝘼𝙃 seperti tertera.
Notifikasi : #Tnb



Selasa, 13 Mei 2025

Lawatan JKM Kuala Langat

 

7 Mei 2025/Rabu/3.00pm.

Terima kasih Tuan Khairul Nasib Mohamad dan Tuan Hafiezi Hamdan di atas lawatan dan perbincangan serta menerima pelaporan perkembangan kanak-kanak.

OUM Banting

  19 Jun 2025 / Khamis/10.00 pagi. Perbincangan bersama pelajar OUM Banting. Terima kasih di atas kesudian mengadakan program bersama-sama d...