Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah.
Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.
Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).
Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada pihak Pengurusan 𝙆𝙐𝙉𝙂 𝙁𝙐 𝙋𝘼𝙍𝘼𝘿𝙄𝙎𝙀 𝙎𝘿𝙉 𝘽𝙃𝘿 serta warga kerja Restoran 𝙋𝘼𝙍𝘼𝙏𝙃𝘼𝙄 yang telah merealisasikan impian 2024 anak-anak kami.
11 Febuari 2025 ( Selasa ) , warga Rumah Amal Raudhatul Jannah, telah menerima kunjungan daripada Muslimat Masjid At-Taqwa,Banting. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Ketua Muslimat ,Hajah Fazidah serta sahabat-sahabat muslimat di atas kesudian menyantuni serta berkongsi rezeki dengan kami. Moga ukhwah yang terjalin ini berkekalan selamanya.
Alhamdulillah syukur pada Allah SWT, kami ingin membuka tajaan berbuka puasa, moreh dan bersahur kepada semua para dermawan untuk bersama- sama berkongsi rezeki dan menyumbang sempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini. Jumlah tajaan sehari bernilai RM1000.00 / RM30.00 (1 penyertaan )melibatkan penghuni dan kakitangan Rumah Amal Raudhatul Jannah bagi tahun 2025.