Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah.
Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.
Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).
Alhamdulillah syukur pada Allah SWT, kami ingin membuka tajaan berbuka puasa, moreh dan bersahur kepada semua para dermawan untuk bersama- sama berkongsi rezeki dan menyumbang sempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini. Jumlah tajaan sehari bernilai RM800.00 melibatkan 24 orang penghuni dan 10 kakitangan Rumah Amal Raudhatul Jannah bagi tahun 2023.