Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.

Rarj Official by Rumah Amal Raudhatul Jannah on Scribd

Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Jumaat, 6 Mei 2022

Menjunjung Kasih Tuanku

 


Pada tanggal 26 April 2022 (Selasa) warga Rumah Amal Raudhatul Jannah amat berbesar hati di atas kesudian Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj,Raja Muda Selangor mencemar duli ke premis kami di Olak Lempit,Banting,Selangor.

Menjunjung kasih Tuanku. 

Duli Yang Teramat Mulia Tuanku diberi taklimat oleh Pengurus RARJ

Anak-anak RARJ beramah mesra dengan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku


Dalam lawatan ini, Duli Yang Teramat Mulia Tuankupenyerahan sumbangan duit raya kepada penghuni, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku  Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj,Raja Muda Selangor, berkenan untuk menyampaikan duit raya kepada penghuni RARJ yang disumbangkan oleh SUNWAY Group .


Penyampaian duit raya

Bersama YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

 

YAB Perdana Menteri menyantuni anak-anak Rumah Amal Raudhatul Jannah

25 April 2022 ( Isnin ),warga Rumah Amal Raudhatul Jannah amat berbesar hati menerima jemputan berbuka puasa bersama YAB Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Putrajaya.

Terima kasih Datuk Seri di atas kenangan ini dan berkongsi kasih dan sayang dengan anak-anak.

YAB Perdana Menteri bertanya khabar dan menghulurkan duit raya kepada penghuni

#keluargaMalaysia

emerkasaan Tadbir Urus dan Integriti Rumah-Rumah Anak Yatim Selangor

  Pada 15 Oktober 2024 ( Selasa ) bertempat di Dewan Serbaguna ,Pustaka Raja Tun Uda, program Awareness Pemerkasaan Tadbir Urus dan  Integri...