Mengenai Kami
Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah.
Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.
Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).
Ahad, 16 Julai 2017
Rela Kuala Langat 2017
Alhamdulillah,pada tanggal 16 Julai 2017 bersamaan 22 Syawal 1438 H, RELA Kuala Langat telah mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama penghuni Rumah Amal Raudhatul Jannah.
Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran Puan Pegawai RELA Daerah Kuala Langat yang baharu,Puan Rabiatul Adawiah binti Sulong.
Pelbagai juadah telah disediakan yang berkongsepkan "portluck". Terima kasih kami ucapkan kepada semua.Alhamdulillah...
Sabtu, 15 Julai 2017
Triple X EOCM
Alhamdulillah,jutaan terima kasih diucapkan kepada Team Triple X EOCM yang beraya bersama dengan anak-anak Raudhatul Jannah. Terima kasih big boss, Encik Hezri dan sahabat-sahabat yang lain yang telah bertungkus-lumus menjayakan serta menggembirakan anak-anak syurga ini.
Sabtu, 8 Julai 2017
Rezeki dikongsi bersama
Assalammualaikum,Salam sejahtera dan Salam aidilfitri.
Kami dari Rumah Amal Raudhatul Jannah pada masa kini sedang giat mengumpulkan dana bagi membeli 35 unit katil bujang dan 35 biji tilam dan bantal bagi kegunaan penghuni Rumah Amal Raudhatul Jannah .
Ini kerana,peralatan sedia ada telah mula mengalami kerosakan.
Kami dari Rumah Amal Raudhatul Jannah pada masa kini sedang giat mengumpulkan dana bagi membeli 35 unit katil bujang dan 35 biji tilam dan bantal bagi kegunaan penghuni Rumah Amal Raudhatul Jannah .
Ini kerana,peralatan sedia ada telah mula mengalami kerosakan.
Kos keseluruhan dianggarkan RM 15050.00.
Sehubungan dengan itu,kami berharap agar para dermawan sekelian dapat membantu kami dengan menghulurkan sumbangan/tajaan RM 20.00= 1 penyertaan .
Manakala RM 430.00 untuk 1 set.
Sehubungan dengan itu,kami berharap agar para dermawan sekelian dapat membantu kami dengan menghulurkan sumbangan/tajaan RM 20.00= 1 penyertaan .
Manakala RM 430.00 untuk 1 set.
Salurkan sumbangan tuan/puan ke akaun PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH , akaun Maybank 564687108450
Pertanyaan: Hubungi Hj Zawalajam Mashod di talian
www.wasap.my/6010-2318581
www.wasap.my/6017-3128581
Atau hadir sendiri ke Rumah Amal Raudhatul Jannah, Olak Lempit.( belakang Shell dan Ole Futsal ).
www.wasap.my/6010-2318581
www.wasap.my/6017-3128581
Atau hadir sendiri ke Rumah Amal Raudhatul Jannah, Olak Lempit.( belakang Shell dan Ole Futsal ).
Langgan:
Catatan (Atom)
Rezeki Anak : 26 September 2025
Projek Rezeki Anak Pada 26 September 2025( Jumaat ) , pengurusan dapur Rumah Amal Raudhatul Jannah,Olak Lempit,Banting,Selangor telah me...

-
Alhamdulillah. Secara rasminya kami, Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah yang mengelola dan mengurus tadbir Rumah Amal Raudhatu...
-
Assalammualaikum/Salam Sejahtera, Demi memastikan anak-anak di Rumah Amal Raudhatul Jannah kecapi kejayaan dunia dan akhirat,kam...
-
Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan D'Santai Ikan Bakar Morib di atas undangan. Terima kasih berkongsi rezeki dengan kami. ...