Ramadhan telah pun melabuhkan tirainya,perasaan sedih bercampur gembira. Sedih kerana adakah kita akan bertemu lagi Ramadhan dimasa akan datang,gembira kerana anak-anak di Raudhatul Jannah gembira meraikan Syawal.Sepanjang Ramadhan yang lalu,pelbagai program Iftar dan Sahur telah dirancang. Jutaan terima kasih diucapkan kepada para dermawan sekelian kerana telah menaja kos iftar dan sahur pada kali ini. Tidak dilupakan juga kepada para dermawan-dermawan yang telah menghulurkan sumbangan berbentuk wang tunai mahupun bahan mentah. Hanya ALLAH sahaja yang dapat memberikan sebaik ganjaran kepada Tuan/Puan sekelian.
Teruskan sumbangan anda demi anak-anak syurga ini.
Salurkan sumbangan tunai Tuan/Puan ke dalam akaun Maybank PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH ( No akaun : Maybank 5646 8710 8450 )
Pertanyaan : Hubungi Pengurus RARJ ditalian 010-2318581 dan 017-3128581
Dikesempatan ini,kami ingin mengucapkan salam Aidilfitri,maaf zahir dan batin.