Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Khamis, 13 Julai 2023

Tajaan


 Assalammualaikum, pada masa kini,kami sedang mengumpulkan dana untuk menaiktaraf pendawaian elektrik di Asrama Putera dan Puteri Rumah Amal Raudhatul Jannah dari Single Phase ke Three Phase.Ini kerana sistem pendawaian sedia ada sudah lama dan demi keselamatan penghuni serta warga kerja di sini,ianya perlu diganti.

Pendawaian 3-phase akan membekalkan tenaga letrik yang mencukupi dan seimbangk . Ianya lebih menjimatkan berbanding single-phase tetapi untuk menukar pendawaian single-phase kepada 3-phase memerlukan belanja yang besar kerana sistem pendawaian di rumah/premis perlu ditukar.
Kerja-kerja,sedang dilakukan pada ketika ini dan kami mengharapkan tajaan daripada Tuan/Puan para dermawan sekelian.
1 Tajaan berjumlah RM 20.00 dan kos sebenar dianggarkan RM 9,500.00.
Segala sumbangan/tajaan,hendaklah dimasukkan ke dalam akaun PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH, no akaun Maybank 5646 8710 8450.
SEBARANG PERTANYAAN/TEMUJANJI BOLEH HUBUNGI :
010-231 8581
email: rumahamalraudhatuljannah15@gmail.com
Juga dipohon kepada para dermawan sekelian,agar dapat whatsappkan slip transaksi ke nombor tertera di atas,untuk tujuan pengasingan dana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

𝗗𝗨𝗟𝗨 𝗗𝗜𝗔 𝗧𝗨𝗠𝗣𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗥𝗔𝗥𝗝. 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗡𝗜 𝗗𝗜𝗔 𝗕𝗔𝗪𝗔 𝗡𝗔𝗠𝗔 𝗥𝗔𝗥𝗝 𝗞𝗘 𝗣𝗨𝗡𝗖𝗔𝗞 🎓

  11 Jun 2026/Khamis. Ini Haikal. Anak jagaan RARJ yang kami jaga dari kecil dulu. Dulu dia bangun subuh kami kejut. Dulu dia tumpang makan,...