Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Khamis, 24 Julai 2025

Makan apa malam ni....


 23 Julai 2025 / Rabu.

Penyediaan makan malam ini hasil tajaan barangan basah daripada pihak Ihsan Madani serta para dermawan sekelian.
Moga Allah kurniakan rezeki yang seluasnya buat para dermawan sekelian serta segala amalan diberkati dan diterima Allah.

Rabu, 16 Julai 2025

PENCEGAHAN


 16 Julai 2025 / Rabu

[ PENCEGAHAN DAN KESELAMATAN ]
Aktiviti bulanan, semburan kabus (fogging) di adakan bagi mengelakkan pembiakan nyamuk aedes di premis serta latihan pengosongan premis.
terima kasih Evy Pest di atas perkhidmatan dan kerjasama.

Ahad, 6 Julai 2025

Hari Asyura



 Tiada apa yang lebih menggembirakan kami pabila bekas anak-anak jagaan kembali menyantuni kami serta adik-adik mereka di sini. Mereka tidak hadir bersendirian,mereka hadir membawa anak-anak mereka sendiri,Allah,terharunya kami.



Alhamdulillah, pada 6 Julai 2025.Ahad,anak-anak ini meluangkan masa seketika serta berganding bahu memasak bubur Asyura untuk adik-adik mereka dan lebih membanggakan mereka bersepakat untuk agihkan pula kepada jiran tetangga.


Mulia sungguuh hati kalian. Moga sebaik rahmat dan ganjaran pahala dikurniakan kepada kalian semua.











𝗗𝗨𝗟𝗨 𝗗𝗜𝗔 𝗧𝗨𝗠𝗣𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗥𝗔𝗥𝗝. 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗡𝗜 𝗗𝗜𝗔 𝗕𝗔𝗪𝗔 𝗡𝗔𝗠𝗔 𝗥𝗔𝗥𝗝 𝗞𝗘 𝗣𝗨𝗡𝗖𝗔𝗞 🎓

  11 Jun 2026/Khamis. Ini Haikal. Anak jagaan RARJ yang kami jaga dari kecil dulu. Dulu dia bangun subuh kami kejut. Dulu dia tumpang makan,...