Mengenai Kami

Rumah Amal Raudhatul Jannah merupakan rumah perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti anak yatim dan asnaf. Ditubuhkan pada Mac 2015 dan diurus tadbir oleh Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah. Terletak di Lot PT 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Merupakan ahli gabungan PEYATIM Malaysia dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Ahad, 2 Julai 2023

Ibadah Kurban 1444H | 2023

 

Tarikh/Hari

1 Julai 2023 bersamaan 12 Dzulhijjah 1444H

Masa

8.00 pagi – 12.00 tengahari

Tempat

Rumah Amal Raudhatul Jannah,Lot PT11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,42700,Banting,Selangor Darul Ehsan

 

Program Ibadah Qurban merupakan salah satu program tahunan yang dianjurkan oleh Rumah Amal Raudhatul Jannah.



Selain memberi peluang kepada penghuni menyambut perayaan ini,pihak Rumah Amal Raudhatul Jannah juga membuka ruang dan peluang kepada para dermawan,masyarakat setempat,pimpinan masyarakat untuk bersama-sama menghayati maksud “pengorbanan” disamping menyantuni anak-anak jagaan di sini.



Pada tahun ini sebanyak 4 ekor lembu telah dikorbankan dan melibatkan seramai 28 peserta. Setiap peserta dikenakan bayaran sebanyak RM900.00 untuk 1 bahagian. Lembu-lembu ini telah disembelih dikandang lembu milik Encik Zairi di Kampung Olak Lempit.




Pada majlis ini juga,selain penglibatan kakitangan serta penghuni Rumah Amal Raudhatul Jannah,kerja-kerja melapah serta pembungkusan turut dibantu oleh peserta ibadah Qurban,masyarakat setempat dan ahli jawatankuasa Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah.

Lembu No

Berat (kg)

Bilangan Bungkusan

01

77kg

38 bungkus

02

84kg

42 bungkus

03

100kg

50 bungkus

04

86kg

43 bungkus

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

𝗗𝗨𝗟𝗨 𝗗𝗜𝗔 𝗧𝗨𝗠𝗣𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗥𝗔𝗥𝗝. 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗡𝗜 𝗗𝗜𝗔 𝗕𝗔𝗪𝗔 𝗡𝗔𝗠𝗔 𝗥𝗔𝗥𝗝 𝗞𝗘 𝗣𝗨𝗡𝗖𝗔𝗞 🎓

  11 Jun 2026/Khamis. Ini Haikal. Anak jagaan RARJ yang kami jaga dari kecil dulu. Dulu dia bangun subuh kami kejut. Dulu dia tumpang makan,...