Alhamdulillah, Program Qurban RARJ 1447H / 2026M telah selesai dilaksanakan dengan jayanya pada 28 Mei 2026, Khamis bermula 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari.
Dengan kerjasama Badan Kebajikan Mutiara Putrajaya, seramai 4 ekor lembu telah disembelih terdiri daripada 3 ekor lembu korban dan 1 ekor lembu hadiah. Turut disembelih 1 ekor kambing korban.
Syukur ke hadrat Allah SWT, jamuan Sarapan Pagi dan Sup Tulang dapat dihidangkan kepada semua yang hadir hasil tajaan dana penuh daripada Pertubuhan Ihsanku Malaysia. Kehadiran dianggarkan seramai 100 orang terdiri daripada warga RARJ, jiran tetangga dan waris keluarga yang turut memeriahkan suasana.
Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Pertubuhan Ihsanku Malaysia atas kemurahan hati menaja jamuan. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada Badan Kebajikan Mutiara Putrajaya, semua penyumbang korban, sukarelawan dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.
Semoga Allah SWT menerima ibadah korban ini dan membalas setiap kebaikan tuan/puan dengan pahala berlipat ganda serta keberkatan dalam hidup.
"Jazakumullahu khairan kathira"
#QurbanRARJ2026 #IhsankuMalaysia #BKMutiaraPutrajaya #RARJ

