Alhamdulillah, pagi ini anak-anak RARJ berpeluang keluar sarapan di Nasi Lemak Mak Lang, Setapak Terima kasih tidak terhingga kami ucapkan kepada penaja yang sudi menaja dana terutama kepada Puan Nor Khafizah dan keluarga untuk program sarapan luar ini. Kerana sumbangan puan, anak-anak dapat merasai pengalaman makan luar, bertukar suasana, dan tersenyum lebar pagi tadi. Semoga Allah gandakan rezeki dan permudahkan segala urusan dunia akhirat.
Ya Allah, terima kasih atas rezeki dan peluang ini.
Berkatilah para penaja yang bermurah hati, balaslah kebaikan mereka dengan syurgaMu.
Berkatilah keluarga Mak Lang, murah rezeki, sihat tubuh badan, dan dilindungi selalu.
Jaga anak-anak RARJ ini, jadikan mereka anak soleh solehah yang membalas jasa semua yang membantu mereka.
Ikhlas,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan